Peraturan Allah Ta’ala ada dua:
1. Peraturan tabi’ yang berdasarkan kepada sifat semula jadi yang
tidak boleh dielak.
Misalnya nyawa. Bila ada nyawa kita bernafas. Jantung berdenyut,
darah mengalir dan bila sakit menangis. Ini semuanya sama kepada manusia Islam,
kafir dan binatang. Peraturan ini tidak diambil kira oleh malaikat. Malaikat
tidak membuat sebarang catatan untuk hari kiamat kerana ini adalah peraturan
semula jadi yang tuhan jadikan.
2. Peraturan taklifi.
Taklifi ialah perkara yang boleh dinilai oleh akal manusia. Baik
dan buruk, ini halal dan ini haram. Ini boleh dan ini tidak dibolehkan. Tuhan
memberitahu perkara haram boleh mendatang mudarat dan yang halal boleh memberi
munafaat.
Manusia melanggarnya. Meminum arak haram kerana boleh
menghilangkan akal, berzina haram dan boleh mendatang penyakit, riba haram,
berbohong dan membuat fitnah adalah haram. Ini akan dicatat oleh malaikat untuk
dibicara di akhirat kelak.
Orang gila tidak boleh mengawal dirinya, kanak-kanak yang belum
baligh, orang tidur mengigau dan bercakap karut-marut tidak diambil kira dan
tiada catatan oleh malaikat.
Ada kehendak yang Allah Ta’ala kira (hisab) dosa dan pahla dan ada
yang tiada perhitungan dosa dan pahla. Ini adalah keadilan Allah SWT.
KULIAH
TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment