Wednesday, November 2, 2016

TAUHID ULUHIYAH




Tuahid Uluhiyah ialah dengan ikhlas bertuhankan Allah sahaja dengan mahabbah (kasih) kepadanya, khauf (takut) kepadanya, rajab (berharap), tawakkal (berserah), ragbah (rindu) dan rahbah (gerun dan takut) hanya kepadanya. Dengan itu semua ibadat yang ikhlas zahir dan batin kerana Allah yang Maha Esa. 

Tidak ada sekutu bagi-Nya, tidak dijadikan ibadat itu kepada yang lain daripada-Nya walaupun terhadap malaikat yang mukarrabin, jauh sekali kepada segala yang lain daripada itu dan menerima segala hukum-Nya dengan yakin dan redha.

Tauhid Uluhiyah ialah mengesakan Allah dari segi ibadat, menyembah Allah Ta’ala dengan rasa kasih kepada Allah Ta’ala kerana Allah yang menjadikan kita, Allah yang memberi rezeki kepada kita, Allah Ta’ala yang memberi segala-galanya kepada kita.
Bila Allah Ta’ala memberi belaka kepada kita, Allah Ta’ala yang Maha Berkuasa, Dia sahaja Tuhan maka kita mesti takut kepada Allah Ta’ala.

Rajab yakni berharap kepada Allah Ta’ala, berserah kepada Allah Ta’ala, rindu dan kasih kepada Allah Ta’ala lebih daripada rindu dan kasih kepada ibu-bapa lagi dan rasa gerun kepada Allah Ta’ala.

Itulah dia yang terkandung dalam firman Allah Ta’ala surah al-Fatihah bermaksud, “Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah yang kami minta pertolongan”.
Ayat ini mengandungi ibadat, “Kami sembah Engkau”, tunduk kepada Engkau, tidak ada pilihan melainkan menerima perintah Engkau.

Istihanah yakni memohon pertolongan daripada Allah Ta’ala dalam semua urusan kita.
Firman Allah Ta’ala surah Hud (surah 11) ayat 123 maksudnya, 

Allah SWT berfirman:

وَلِلّٰهِ غَيْبُ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِ وَاِلَيْهِ يُرْجَعُ الْاَمْرُ  كُلُّهٗ فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيْهِ  ؕ  وَمَا رَبُّكَ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُوْنَ" 

Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (QS. Hud 11:123)

Ayat ini menyatakan kita kena beribadat menyembah Allah Ta’ala sahaja, tidak boleh menyembah yang lain daripada Allah Ta’ala dan kita kena yakin Allah Ta’ala mengetahuI segala-galanya dan Allah Ta’ala tidak lalai sedikit pun daripad apa yang ada pada diri kita.

Firman Allah Ta’ala surah at-Taubah (surah 9) 129 bermaksud,

Allah SWT berfirman:

فَاِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللّٰهُ    ۖ   لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ    ؕ  عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ    ؕ  وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ" 

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." (QS. at-Taubah, 9:129)

Apabila orang tidak melayan kepada dakwah kamu wahai Muhamad maka kata cukuplah bagi aku Allah tuhan yang aku sembah, menyerah diri kepada-Nya, dan Dialah yang memiliki arasy (Arasy ialah barang yang di atas lagi daripada langit. Berbanding dengan langit dan bumi, langit dan bumi seperti pasir yang halus di tengah padang pasir yang luas).

Firman Allah Ta’ala surah Maryam (surah 19) ayat 65 maksudnya, 

Allah SWT berfirman:

رَّبُّ السَّمٰوٰتِ وَ الْاَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا فَاعْبُدْهُ وَاصْطَبِرْ لِـعِبَادَتِهٖ  ؕ  هَلْ تَعْلَمُ  لَهٗ سَمِيًّا
""
 
Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepada-Nya; adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama dan sebanding dengan-Nya?" (QS. Maryam, 19:65)

Firman Allah Ta’ala surah Hud (surah 11) ayat 88 maksudnya, 

قَالَ يٰقَوْمِ اَرَءَيْتُمْ اِنْ كُنْتُ عَلٰى بَيِّنَةٍ مِّنْ رَّبِّيْ وَرَزَقَنِيْ مِنْهُ رِزْقًا حَسَنًا    ؕ  وَمَاۤ اُرِيْدُ اَنْ اُخَالِفَكُمْ اِلٰى مَاۤ اَنْهٰٮكُمْ عَنْهُ    ؕ  اِنْ اُرِيْدُ اِلَّا الْاِصْلَاحَ مَا اسْتَطَعْتُ    ؕ  وَمَا تَوْفِيْقِيْۤ اِلَّا بِاللّٰهِ   ؕ  عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَاِلَيْهِ اُنِيْبُ
 

Nabi Syuib berkata: "Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika aku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, dan Ia pula mengurniakan daku pangkat Nabi sebagai pemberian daripadaNya, (patutkah aku berdiam diri dari melarang kamu) sedang aku tidak bertujuan hendak melakukan sesuatu yang aku melarang kamu daripada melakukannya? Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepada-Nyalah aku kembali." (QS. Hud 11:88)

Aku serah diri aku kepada Allah dan aku akan balik semula kepada Allah Ta’ala selepas hidup atas dunia. Bila aku membuat kesalahan aku akan meminta ampun daripada Allah Ta’ala
.
Firman Allah Ta’ala suratul Furqan (surah 25) ayat 58 maksudnya ud HuH HuHu  OOOOO
:
وَتَوَكَّلْ عَلَى الْحَـيِّ الَّذِيْ لَا يَمُوْتُ وَسَبِّحْ بِحَمْدِهٖ    ؕ  وَكَفٰى بِهٖ بِذُنُوْبِ عِبَادِهٖ خَبِيْرَ ا       ۛ       
 

Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memuji-Nya; dan cukuplah Ia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hamba-Nya;" (QS. al-Furqan 25:58)

Kita bukan seperti orang agama lain. Bila membuat dosa boleh berjumpa dengan pendita, padri supaya mengampunkan dosanya. Mana boleh begitu, dosa dengan Tuhan minta ampun dengan Tuhanlah.

Firman Allah Ta’ala suratul Hijr (surah 15) ayat 99 maksudnya,

وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتّٰى يَأْتِيَكَ الْيَـقِيْنُ
 
Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin."
(QS. Al-Hijr, 15:99)

Mati adalah satu keyakinan. Bila mati baharulah kita tengak betul-betul apa yang dikata atas dunia dulu benar.

Sebelum mati ramai orang tidak percaya apa disebut dalam al-Quran. Itulah sebabnya mereka kurang yakin. Tetapi apa gunanya bila mati baru hendak yakin
..
Tauhid inilah yang menjadi awaluddin dan akhirnya, batin dan zahirnya, menjadi perkara pertama dalam dakwah para rasul ASTS dan penyudahnya.  Itulah makna LAILAHA ILLALLAH kerana yang dikatakan ILAH itu ialah yang disembah, yang dikasihi, yang ditakuti, yang dimulia, yang diyakini, maha besar kepada-Nya, terhadap-Nya dan kerana-Nya.

Dan menurut hukum-Nya sahaja beribadat di atas dasar tauhid, inilah diutuskan para rasul ASTS, diturunkan kitab-kitab, berpecahnya manusia kepada mukminin dan kafirin. Seterusnya ke syurga dan ke neraka. 

Tauhid uluhiyah inilah yang merupakan awal-awal dalam perkara agama iaitulah ASYHADU ALLA ILAHA ILLALLAH. Bila seseorang itu hendak masuk Islam disuruh mengucap ASYHADU ALLA ILAHA ILLALLAH. Ini ialah awaluddin. 

Inilah juga yang diucap bila kanak-kanak dilahirkan ke dunia, disunatkan bang dan iqamah yang terkandung di dalamnya Allahu Akbar, ASYHADU ALLA ILAHA ILLALLAH, menyatakan tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah, diucapkan pada telinga kanak-kanak itu dan inilah yang akhirnya bila seseorang itu hendak mati diajar LAILAHA ILLALLAH.

Inilah tauhid yang dibawa oleh nabi-nabi dan rasul-rasul ASTS. Tauhid inilah Allah Ta’ala menurunkan kitab dan atas tauhid inilah manusia berbalah kerana ada yang hendak mengikut kitab dan ada yang tidak mahu mengikut kitab. Jika orang tidak mengikut kitab bermakna mereka melawan tauhid LAILAHA ILLALLAH.

Firman Allah Ta’ala maksudnya, “Wahai manusia sembahlah akan Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertakwa”. 

Mengajak manusia kepada LAILAHA ILLALLAH, tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah. Menunjukkan Allah Ta’ala sahaja yang mesti disembah, tidak menyembah lain daripada Allah. 

Ini adalah seruan yang diucapkan kepada manusia bukan sahaja di zaman umat Muhamad SAW bahkan ia bermula sejak nabi Adam AS hinggalah zaman nabi-nabi dan rasul-rasul yang kemudian daripadanya.

Friman Allah Ta’ala suratul Mukminun ( surah 23) ayat 23 maksudnya, 

Allah SWT berfirman:

وَلَقَدْ اَرْسَلْنَا نُوْحًا اِلٰى قَوْمِهٖ فَقَالَ يٰقَوْمِ اعْبُدُوا اللّٰهَ مَا لَـكُمْ مِّنْ اِلٰهٍ غَيْرُهٗ    ؕ  اَفَلَا تَتَّقُوْنَ
 

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya lalu berkatalah ia: "Wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya?".
(QS. Al-Mu'minun, 23: 23)

Inilah seruan nabi-nabi ASTS dan nabi yang pertama berlawan berkenaan tauhid uluhiyah ialah nabi Nuh AS. Tidak ada perlawanan sebelum nabi Nuh berkenaan dengan LAILAHA ILLALLAH
.
Bermula dengan nabi Adam sehingga seribu tahun selepas nabi Adam mati baharulah ada patung dan berhala yang mengadakah syariat yang lain daripada syariat Allah Ta’la.
Jadi nabi Nuh merupakan rasul pertama mengajak manusia dan berlawan. Perlawanan timbul kerana manusia menolak tauhid uluhiyah, iaitu tunduk kepada Allah Ta’ala sahaja dalam semua urusan hidup secara memperhambakan diri.

Firman Allah Ta’la suratul Zukruf 43 ayat 45 maksudnya:

وَسْــئَلْ مَنْ اَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رُّسُلِنَاۤ اَجَعَلْنَا مِنْ دُوْنِ الرَّحْمٰنِ اٰلِهَةً يُّعْبَدُوْنَ
"
 
Dan bertanyalah kepada umat mana-mana Rasul yang Kami telah utuskan sebelummu; pernahkah Kami memberi hukum menetapkan sebarang tuhan untuk disembah, selain dari Allah Yang Maha Pemurah." (QS. Az-Zukhruf, 43:45)

Tanyalah rasul-rasul zaman dahulu, walaupun mereka telah mati tetapi ada kitab-kitabnya dan ada anak-anak murid mereka di kalangan Yahudi dan Kristian dengan syarat jangan menipu atau menyeleweng
.
Baca Taurah dan Injil yang asal mengatakan LAILAHA ILLALLAH, tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah. 

Ajaran Kristian mengatakan Isa anak tuhan dan tiga dalam satu. Itu sudah menyeleweng daripada ajaran nabi Isa AS. 

Begitu juga dengan orang Yahudi yang mengadakan undang-undang sendiri dalam perkara yang Allah Ta’ala tidak izin. Allah Ta’ala meletakkan hukum zina hukum hudud. Oleh kerana orang besar-besar ramai berzina maka mereka membuat undang-undang lain dan meninggalkan hukum hudud. Ini adalah penyelewengan orang Yahudi.

Jika kita orang Islam bersikap demikian maka menyeleweng sama macam orang Yahudilah jugalah, kerana bercanggah dengan tauhid uluhiyah.

Firman Allah Ta’ala suratul Zariyat (surah 51) ayat 56 maksudnya:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْاِنْسَ  اِلَّا لِيَعْبُدُوْنِ
"
 
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku." (QS. az-Zariyat, 51: 56)

Abu Sufian ketika ditanya oleh maharaja Rome tentang Rasulullah SAW, apakah yang dicakapkan kepada kamu
.
Abu Sufian menjawab, “Dia berkata sembahlah kamu akan Allah dan janganlah kamu menyengutui-Nya dengan sesuatu yang lain dan tinggallah apa yang diucapkan oleh nenek moyang kamu”.

Hadis ini menceritakan ketika nabi SAW menghantar surat kepada raja Rome Timor mengajaknya masuk Islam dan mengikut tuhan yang satu, menolak tuhan yang lain daripada Allah. Raja sedikit sebanyak terpengaruh dengan surat itu lalu memanggil pembesar-pembesarnya mencari orang Mekah yang berniaga di Syam lalu berjumpa dengan Abu Sufian. 

Abu Sufian ialah pemimpin Mekah selepas kematian Abu Jahal dalam peperangan Badar. Abu Sufian juga mertua nabi SAW kerana nabi SAW berkahwin dengan anaknya Ummi Habibah. Pada peringkat awal Abu Sufian yang belum masuk Islam hebat melawan nabi. Dia akhirnya masuk Islam ketika pembukaan Mekah.

Abu Sufian dipanggil oleh raja Rome dan bertanya, “Betulkah ada orang mengaku menjadi nabi di negeri kamu”.

Abu Sufian berkata, “Ya! memang betul ada orang mengaku menjadi nabi”.
Raja Rome bertanya lagi, “Apa ajaran yang dia bawa?”.

“Dia menyuruh orang menyembah Allah Ta’ala dan tinggal agama nenek moyang”, Abu Sufian memberitahu perkara sebenar kepada raja Rome.

“Siapa yang mengikut mereka?”, tanya raja Rome lagi.

Abu Sufian menjawab, “Ramai pengikut mereka orang miskin dan pemuda-pemuda yang tiada kerja”.

Kata raja Rome, “Orang yang seperti inilah yang mengikut nabi-nabi zaman dahulu”.

Lalu pembesar-pembesar dan paderi-paderi bising sesama mereka bimbang takut raja mereka masuk Islam. Selepas memanggil pembesar-pembesar dan paderi-paderi raja berkata, “Aku tidak mahu masuk Islam, aku berkata begitu sebenarnya aku mahu melihat bagaimana reaksi kamu”.

Oleh itu raja Rome tidak jadi masuk Islam. Berlainan dengan raja-raja lain. Raja Habasah,  raja Bahrin dan raja Oman masuk Islam. Raja Rome mengetahui bahawa apa yang nabi kata itu betul tetapi tidak masuk Islam kerana tidak mendapat hidayat.

Ketahuilah bahawa tauhid uluhiyah itu menjadi awal-awal yang wajib di atas tiap-tiap mukallaf bahkan sehingga akhir hayatnya. 

Tauhid uluhiyah mengesakan Allah iaitu tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah adalah awal-awal yang wajib. Kalau tiada tauhid ini maka sembahyang tidak sah, nikah tidak sah dan semua ibadat tidak sah.

Perkara yang pertama kepada sesiapa yang hendak memeluk agama Islam kena tauhid uluhiyah ASYHADU ALLA ILAHA ILLALLAH dan kalimah yang akhir ketika dia meninggal dunia LAILAHA ILLALLAH iaitu mengambil ayat yang pendek sahaja tidak perlu ASYHADU dan tidak payah menyebut MUHAMMADAN RASULULLAH.

Itulah tauhid yang disampaikan oleh para rasul ASTS seperti yang diwahyukan kepada mereka maka janganlah dipakai huraian yang tidak kena mengena dengan apa yang diberitahu oleh Rasulullah SAW, para sahabatnya dan mereka yang menurut jijak langkah yang seikhlas-ikhlasnya sehingga hari kiamat yang tidak melampaui batas atau mengurangkannya. 

Sesungguhnya tidak ada yang lebih sempurna daripada tauhid yang disampaikan oleh Rasulullah SAW yang wajib kita mengikutnya dan adalah Rasulullah SAW mengajar para sahabatnya membaca pada tiap-tiap pagi.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya, “Kami berpagi-pagi di atas fitrah Islam sifat semula jadi Islam, kalimah ikhlas iaitulah kalimah LAILAHA ILLALLAH, deen Muhamad SAW dan millah ajaran bapa kami,  Ibrahim dengan pegangan yang betul dan menyerah diri dan tidak sekali-kali di kalangan orang-orang musyrikin”

Millah agama Ibrahim itu ialah tauhid iaitulah agama mengesakan Allah.
Deen, agama Muhamad itu ialah apa yang dibawa daripada Allah dengan ikrar (bermakna menyebut dengan lidah – iaitu mengucap) amal (beramal dengan rukun-rukun Islam serta perangainya) dan iktikad (percaya dengan hati) 

Kalimah ikhlas ialah ASYHADU ALLA ILAHA ILLALLAH, pengakuan tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah dan fitrah Islam itu ialah apa yang menjadi sifat di dalam diri seseorang itu yang terdiri daripada kasihkan Allah, beribadat hanya kepada-Nya dengan tidak ada sekutu bagi-Nya dan menyerah diri dengan sifat patuh, tunduk dan ubudiyah iaitu memperhambakan diri dan menerima apa sahaja perintah-Nya.


ijr ayat 99


KULIAH YT

No comments:

Post a Comment