Antara perkara yang boleh membatalkan dua kalimah syahadat ialah
beramal kerana yang lain daripada Allah SWT tidak dengan izin-Nya kerana
tidakkah kita berikrar mengikut firman Allah Ta’ala bermaksud, “Sesungguhnya
sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, tuhan semesta alam tiada sekutu
bagi-Nya, begitulah aku diperintah dan sesunggunya aku adalah yang pertama di
kalangan orang yang menyerah diri kepada Allah”
Menunjukkan bahawa amalan kita mestilah kerana Allah, bukan kerana
yang lain. Sekiranya dengan terang dan nyata berhadap kepada yang lain daripada
Allah secara zahir seperti mereka yang menyembah berhala, menyembah jin,
syaitan, atau pun mereka yang melakukan upacara ibadat seperti qurban, nazar,
qurban kepada iblis, syaitan, bernazar kepada kubur dan seumpamanya, ini adalah
kerja yang boleh membatalkan dua kalimah syahadat.
Sekiranya dilakukan dengan tahunya dan nyatanya menyengutukan
Allah dengan sesuatu yang lain bermakna batal dua kalimah syahadat dan keluar
daripada agama Islam. Sekiranya dibuat kerana jahil, kerana tidak tahu maka
menjadi dosa besar dan hendaklah bertaubat kepada Allah SWT.
RIAK BOLEH MENYEBABKAN MASUK NERAKA
Ada pun berlakunya riak, menunjuk-nunjuk kepada orang, sembahyang
secara Islam, pergi ke Mekah buat Haji dan Umrah secara Islam, sedekah secara
Islam, bayar zakat secara Islam tetapi niat di dalam hati semua itu kerana
hendak tunjuk kepada orang. Keadaan seperti ini membatalkan pahala, dan
tidaklah membatalkan agama Islam.
Ibadat itu sah dari segi zahir tetapi pahala tidak ada.
Kadang-kadang boleh menyebabkan seseorang yang menunjuk-nunjuk itu masuk
neraka.
Disebut dalam hadis yang sahih antara mereka yang diseret ke dalam
neraka pada hari kiamat ialah tiga jenis manusia:
1. Orang alim.
Seorang alim dihadap ke hadapan Allah pada hari kiamat. Ditanya
apa yang dia buat di atas dunia dulu. Orang alim itu menjawab, “Ya tuhanku
Engkau memberi ilmu kepada aku dan aku mengajar orang”.
Tuhan berkata, “Ya betul aku memberi ilmu kepadamu, kamu mengajar
orang tetapi kamu bohong. Kamu mengajar orang bukan kerana Aku. Kamu mengajar
orang supaya dikata kamu alim, kamu bijak, kamu pandai. Jadi kamu mengajar
bukan kerana Aku”.
Lalu orang alim itu diheret ke dalam neraka.
2. Orang berjihad.
Orang berjuang, orang berjihad dibawa mengadap Allah SWT pada hari
kiamat. Tuhan bertanya dia, “Apa kamu buat masa atas dunia dahulu?”
Dia menjawab, “Aku berjuang kerana-Mu, untuk meninggikan agama-Mu”
Allah berkata, “Memang benar kamu berjuang. Tetapi kamu bohong,
kamu berjuang bukan kerana Aku. Kamu berjuang untuk menunjuk kepada orang kamu
berani, bukan kerana Aku”
Lalu dibawa masuk ke neraka.
3. Orang kaya
Dibawa seorang kaya mengadap Allah pada hari kiamat. Allah
bertanya, “Apa kamu buat semasa atas dunia dahulu?”
Dia berkata, “Ya tuhanku Engkau memberi kepada aku rezeki yang
banyak, aku kaya, aku belanja kerana-Mu”
Tuhan kata, “Ya kamu kaya dan kamu senang, kamu belanja, tetapi
kamu belanja untuk menunjuk-nunjuk kepada orang, supaya orang kata kamu
pemurah, bukan kerana Aku”
Orang kaya itupun diseret masuk ke dalam neraka.
Di sini menunjukkan ikhlas kerana Allah Ta’ala. Perlu dibuang
perasaan riak. Memang bila kita beramal syaitan masuk selalu mengganggu kita.
Syaitan membisik dalam hati kita “sembahyang elok-elok orang tengak itu”. Kita
mesti melawan dan menolak bisikan ini dan kita bertaubat kepada Allah SWT.
Pentingnya ikhlas, pentingnya kerana Allah Ta’ala. Ulamak-ulamak
mazhab Syafie mengatakan sunat melapazkan niat. Ulamak-ulamak mazhab lain
mengatakan bidaah melapazkan niat kecuali ibadat Haji.
Nabi berlapaz niat ibadat Haji dan Umrah. Ibadat-ibadat lain nabi
tidak berlapaz.
Ulamak Syafie mengatakan berlapaz itu sunat, bukannya wajib.
Berlapaz boleh menolong kepada niat. Oleh sebab itu mazhab Syafie menyebut
sahaja aku sembahyang Zohor empat rakaat kerana Allah Ta’ala, Asyar empat
rakaat kerana Allah Ta’ala, Maghrib tiga rakaat kerana Allah Ta’ala, sahaja
akau menunaikan zakat kerana Allah Ta’ala, sahaja aku mengerjakan Haji kerana
Allah Ta’ala.
Disebut kerana Allah Ta’ala.
Jadi kerana Allah Ta’ala ini sangat penting dalam niat itu. Ikhlas
kerana Allah Ta’ala. Kerana Allah bukan niat, hadirkan Zohor dalam niat sudah
sah sembahyang. Ini memang betul sah sembahyang.
Jika sembahyang Zohor tetapi hadir niat sembahyang Asyar maka
sembahyang itu tidak sah. Oleh itu ikhlas kerana Allah Ta’ala adalah satu
perkara yang sangat penting.
Kadang-kadang kita membahas fasal fekah tetapi tidak membahas
fasal tesawuf. Membahas fasal fekah menghadirkan niat sesuatu amal pada zahir.
Tetapi kerana Allah Ta’ala ialah perbahasan mengenai tesawuf.
Jika menyeleweng daripa ‘kerana Allah’ boleh membatalkan dua
kalimah syahadat atau boleh membatalkan pahala ibadat.
No comments:
Post a Comment