Sunday, November 6, 2016

PUASA RAMADAN




Firman Allah Ta’ala bermaksud,

Wahai orang-orang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang lebih dahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa kepada Allah pada beberapa hari yang dihilangkan maka sesiapa yang sakit atau berada dalam keadaan musafir hendaklah ia menggantikannya pada hari yang lain. Maka sesiapa yang tidak mampu hendaklah dia membayar fidyah dan bahawa kamu berbuat lebih dan menunaikan kebajikan itu lebih baik dan bahawa kamu berpuasa lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui”.

Bulan Ramadan yang diturunkan kepadanya al-Quran yang menjadi petunjuk kepada manusia, keterangan-keterangan daripada petunjuk maka sesiapa yang menyaksikan anak bulan Ramadan hendaklah dia berpuasa dan sesiapa yang sakit atau bermusafir hendaklah mengulangi pada hari-hari yang lain.

Allah menghendaki kemudahan kepada kamu dan Allah tidak menghendaki kepayahan kepada kamu dan kamu hendaklah menyempurnakan bilangan berpuasa itu sebagaimana yang diwajibkan oleh Allah supaya kamu juga hendaklah membesarkan Allah, memuliakannya supaya kamu beroleh nikmat maka apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu wahai Muhamad SAW berkenaan dengan Aku, beritahu kepada mereka sesungguhnya Aku sangat hampir, sangat dekat dengan mereka, Aku memperkenankan doa sesiapa yang mendoa mereka percaya kepada-Ku, beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi orang-orang yang mendapat petunjuk”.

Ayat-ayat ini berkait dengan ibadat puasa khususnya ibadat puasa Ramadan yang menjadi salah satu daripada lima hukun Islam. Wajibnya berpuasa bersabit dengan nas al-Quranul Karim dan hadis-hadis Rasulullah SAW yang diketahui oleh orang Islam dengan cara yang menyeluruh kecuali mereka yang terlalu jahil kerana mungkin terlalu jauh daripada masyarakat Islam. 

Oleh kerana itu barang siapa yang menafikan wajibnya puasa Ramadan menjadi murtad, keluar daripda agama Islam kecuali ia dalam keadaan yang sangat jahil. 

Puasa ialah ibadat yang berkait dengan ruh yang terkandung di dalamnya fadilat yang sangat banyak, kelebihan yang tidak terhingga yang hanya diketahui oleh Allah Ta’ala. Puasa pada keseluruhannya adalah satu ibadat yang disanjung oleh Allah Ta’ala bukan sahaja ayat-ayat Quran yang di atas menyatakan kelebihan puasa, banyak hadis-hadis nabi SAW yang menyatakan kelebihan puasa Ramadan dengan syarat kita memelihara adat-adat puasa, menyempurnakan rukun dan syarat-syaratnya.

Antara hadis yang menunjukkan kelebihan puasa itu ialah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA. 

Sabda Rasulullah SAW maksudnya, “Firman Allah, Allah Ta’ala berkata tiap-tiap amal anak Adam amal manusia itu terpulanglah yakni ditetapkan sekurang-kurangnya dengan sepuluh kali ganda sehingga tujuh ratus kali ganda melainkan puasa maka sesungguhnya terserah kepada Aku memberi ganjarannya dengan sebab puasa dan puasa itu adalah perisai, pelindung daripada seseorang melakukan perkara yang maksiat maka apabila seseorang itu berada dalam berpuasa maka jangan ia bercakap dengan percakapan yang keji, jangan dia menengkeng, jerkah, jangan dia menjadi bodoh maka jika sekiranya dimaki oleh seseorang atau seorang hendak bergaduh dengannya maka katakanlah, “Saya berpuasa sebanyak dua kali”.

Demi tuhan diri Muhamad berada dalam tangan kekuasaannya, dalam genggamannya sesungguhnya berubah mahu mulut orang berpuasa terlebih harum di sisi Allah pada hari kiamat daripad abu miski dan bagi orang berpuasa itu dua kesukaan yang dia suka dan gembira dengan kedua-duanya. Apabila dia berbuka dia bergembira dengan berbukanya dan apabila dia bertemu dengan tuhannya dia bergembira dengan puasanya”. Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Nasai.

Hadis ini adalah jaminan daripada Allah Ta’ala menyatakan bahawa banyaknya pahala ibadat puasa berbeda dengan ibadat-ibadat yang lain. Sekurang amal kebajikan digandakan dengan sepuluh kali ganda sehingga tujuh ratus kali ganda, tetapi puasa tidak terhingga banyak pahalanya. Allah Ta’ala berjanji untuk menyimpan di sisi-Nya pada hari kiamat untuk kelebihan hari akhirat. 

Kelebihan dunia puasa menjadi perisai, menjadi pelindung kepada diri seseorang itu yang menahannya daripada mengerjakan maksiat kerana ibadat puasa itu melatih dirinya meniggalkan maksiat apabila dia sanggup meninggalkan makanan-makanan yang halal yang diharamkan kepadanya makan dengan sebab dia berpuasa maka apa lagi perkara yang haram sepanjang masa yang haram selama-lamanya sudah tentulah dia sanggup meninggalkannya. Maka puasa menjadi perisai, menjadi kubu yang melindung dirinya daripada mengerjakan maksiat sekiranya dia berpuasa dengan adat, dengan cara yang betul.

Antara adat puasa yang diajar oleh Allah Ta’ala, kita bukan sahaja sabar kerana lapar dan dahaga, menahan diri daripada makan minum, menahan diri daripada hawa nafsu bergaul dengan isteri dan sebagainya dalam masa yang sama hendaklah menahan diri daripada bercakap percakapan yang haram, percakapan yang keji, mengumpat, mencela, memaki hamun dan menahan diri daripada berkelahi, bergaduh dengan orang dan jadi orang penyabar walaupun dalam keadaan lapar, walaupun ada orang yang bodoh mengajak dia bergaduh dia sabar kerana dalam keadaan berpuasa dan beritahu kepada orang itu saya berpuasa sebanyak dua kali.

Allah Ta’ala menyatakn kelebihan orang berpuasa di sisi-Nya walaupun berubah bau mulutnya dengan sebab dia tidak makan sehari suntuk di sisi Allah ada bau wangi. Allah Ta’ala menyatakan bahawa orang berpuasa itu dua perkara yang amat menyukakan. Pertama, ketika berbuka dan kedua apabila bertemu dengan Allah Ta’ala sama ada pada masa dia mati atau di hari kiamat kelak. 

Mengikut riwayat Bukhari dan Abu Daud dengan lapaz yang lain sabda Rasulullah SAW maksudnya, “Puasa itu adalah perisai, pelindung, pendinding bagi seseorang maka apabila seseorang kamu berpuasa maka jangan bercakap dengan percakapan yang keji, jangan jadi bodoh maka jika seseorang itu mahu berkelahi denganmu ataupun memakinya katakan saya berpuasa sebanyak dua kali. 

Demi tuhan yang diri Muhamad berada di dalam tangan-Nya, kekuasaan-Nya sesungguhnya berubah bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau miski, dia meninggalkan makanannya, minumannya, nafsu sahwatnya kerana Aku puasa terserah kepada Aku, Akulah yang menentukan balasannya. Satu kebajikan ditetapkan sepuluh kali ganda”.

Hadia ini menjelaskan lagi mengapa Allah Ta’ala memberi kelebihan yang begitu rupa kepada orang-orang yang berpuasa. Antaranya kerana dia sanggup meninggalkan makan minum, meninggalkan nafsu syahwat kerana Allah Ta’ala, bukan kerana lain tetapi Allah Ta’ala menyuruh dia berpuasa. Dia menunaikan perintah itu kerana Allah, maka Allah berjanji untuk membalasnya pada hari kiamat kelak. Berbeza dengan ibadat-ibadat yang lain sepuluh kali ganda pahalanya, puasa lebih daripada itu lagi. Allah Ta’ala menyatakan Aku tahulah bagaimana hendak balas mereka pada hari kiamat kelak. 

Dalam hadis yang lain riwayat Abdullah bin Amar bin Al’az RA bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Puasa dan Quran memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat kelak. Berkatalah puasa ya wahai tuhanku, aku menghalangnya daripada makan minum dan nafsu syahwatnya di waktu siang hari. Izinkan aku memberi syafaat kepadanya. 

Berkata pula al-Quran aku menghalangnya daripada tidur waktu malam, izinkan aku memberi syafaat kepadanya. Lalu kedua-duanya diizinkan untuk memberi syafaat”.
Hadis ini menunjukkan bahawa puasa dan al-Quran dapat memberi syafaat kepada orang yang beramal dengannya pada hari kiamat kelak kerana pada hari kiamat tidak boleh memberi syafaat melainkan dengan izin Allah Ta’ala. Antara yang diizin memberi syafaat ialah puasa dan al-Quranul Karim.

Dalam hadis yang lain sabda Rasulullah SAW maksudnya, “Dan daripada Abu Umamah katanya aku telah datang mengadap Rasulullah SAW lalu aku berkata kepadanya suruhlah saya dengan sesuatu amalan yang boleh memasukkan saya ke dalam syurga. 

Sabda Rasulullah SAW, “Engku hendaklah berpuasa maka sesungguhnya tidak ada tandingan baginya”, kemudian aku datang menemuinya pada hari yang kedua aku berkata kepada dia dengan soalan yang sama. 

Nabi SAW bersabda, “Engkau hendaklah berpuasa”.

Dalam hadis yang lain Abi Said al-Kudri RA berkata bahawa nabi SAW bersabda maksudnya, “Tidaklah berpuasa oleh seseorang hamba satu hari pada jalan Allah, ia berpuasa satu hari sahaja dia berada dalam fi sabilillah untuk menegakkan agama Allah melainkan Allah menjauhkan dengan sebab hari itu mukanya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun”.

Dalam hadis yang lain riwayat Sahan bin Saat bahwa nabi SAW bersabda maksudnya, “Sesungguhnya bagi syurga itu ada satu pintu yang diberi nama Arrayan dikatakan pada hari kiamat mana dia orang-orang berpuasa sila masuk melalui pintu ini maka apabila semua orang berpuasa masuk sehingga yang paling akhir masuk lalu pintu itu ditutup”, hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Hadis-hadis ini menyatakan kelebihan puasa Ramadan. Bulan Ramadan itu sendiri mempunyai kelebihan yang tersendiri. Ayat Quran mengatakan, “Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran yang menjadi petunjuk kepada manusia dan Furqan yang membezakan antara perkara yang betul dangan yang salah”.

Allah Ta’ala memilih bulan Ramadan diturunkan al-Quranul Karim daripada Luth Mahfuz dibawa turun ke Baitul Izzah. Ada ulamak mengatakan Baitul Izzah ialah tempat peredaran bintang-bintang cakrawala. “Maka demi sesungguhnya kau bersumpah dengan mawakiunnujum dengan tempat peredaran bintang-bintang cakrawala sesungguhnya dia adalah Quran yang sangat besar”

Firman Allah Ta’ala maksudnya, “Yang dipelihara, diturunkan daripada Luth Mahfuz ke langit dunia sekali gus. Kemudian daripada langit dunia malaikat Jibril membawa Quran secara beberapa ayat kepada nabi SAW dengan sebab-sebab yang berlaku dan keadaan-keadaan yang memerlukan petunjuk secara amali, secara perbuatan disempurnakan dalam masa dua puluh tiga tahun”.

Quran diturunkan daripada Luth Mahfuz pada bulan Ramadan menunjukkan kelebihan bulan Ramadan. Bulan Ramadan juga adalah bulan Furqan yang membezakan antara perkara yang betul dengan perkara yang salah. 

Allah Ta’ala memilih berlakunya peperangan Badar, Allah Ta’ala memilih berlakunya pembukaan Mekah, Allah Ta’ala memilih berlakunya Lailatul Qadar yang diberi kelebihan seribu bulan, Allah Ta’ala memilih berlakunya penurunan al-Quran dari Luth Mahfuz ke langit dunia, Allah Ta’ala memilih berlakunya kemenangan Enjalut dan beberapa peristiwa yang besar di dalam sejarah umat Islam. Ini menunjukkan bulan Ramadan mempunyai kelebihan tersendiri yang dipilih oleh Allah Ta’ala.

Ada banyak hadis yang menyatakan kelebihan bulan Ramadan. 

Antaranya ialah bermaksud, “Daripada Abi Hurairah RA, katanya bahawa nabi SAW telah bersabda, “Apabila tibanya bulan Ramadan nabi SAW menyampaikan ucapan, ”Sesungguhnya telah tiba kepada kamu bulan Ramadan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kepada kamu berpuasa padanya, dibukakan padanya pintu-pintu syurga, ditutup padanya pintu-pintu neraka, dibelenggu padanya segala syaitan, di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan sesiapa yang dihalang mendapat kebaikan maka dia dihalang untuk mendapat kebaikannya”. Hadis riwayat Ibni Ahmad, Annasai dan al-Baihaki. 

Hadis ini menyatakan bulan Ramadan bulan yang diberkati oleh Allah Ta’ala, bulan yang penuh dengan keberkatan. Oleh kerana itu kita digalakkan banyak beribadat di bulan Ramadan. Allah Ta’ala memilih bulan ini diwajibkan berpuasa waktu siang hari. Allah Ta’ala mengisytiharkan di bulan ini pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu nereka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu. 

Bagaiman pula ada orang yang membuat jahat juga di bulan Ramadan. Jawabnya orang itu sendiri yang membuang belenggu syaitan. Dia sendiri menghuraikan ikatan yang Allah Ta’ala mengikatnya. Jika orang itu mengikut hawa nafsunya di bulan Ramadan bermakna dia lebih teruk lagi daripada syaitan. Allah Ta’ala mengikat syaitan dia tolong melepas syaitan. Sepatutnya dia mengambil kelebihan Ramadan.

Allah Ta’ala memilih bulan Ramadan ada satu malam, beribadat di malam itu lebih baik daripada seribu bulan dan kita digalakkan MENCARI malam itu. Cara mencari malam itu ialah beribadat sepanjng bulan Ramadan maka bertemulah dengan kebaikannya. Itu makna mencari Lailatul Qadar. Mencari dengan makna kita menghidupkan malam-malamnya dengan ibadat. Barang siapa menghidup malam-malamnya dengan ibadat maka bertemulah dengan Lailatul Qadar. 

Jika orang itu berjaga malam saja-saja tetapi tidak beribadat walaupun dia nampak malaikat sekalipun, ditunjukkan kepadanya, tidak ada kelebihan kepadanya. Barang siapa yang tidak nampak apa-apa pun tetapi dia beribadat pada malam itu maka dia boleh Lailatul Qadar itu. Ini bermakna kelebihan Lailatul Qadar.

Pada malam Lailatul Qadar turun malaikat-malaikat bersama dengan malaikat Jibril.
Bagaimana peredaran dunia adakah tiap-tiap negeri berlaku Lailatul Qadar. Ya berlaku tiap-tiap negeri, mengikut malam masing-masing yang dipilih oleh Allah Ta’ala.
Dalam hadis yang lain menunjukkan kelebihan Ramadan. Hadis riwayat Ahmad dan Wannasai:   

Sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Dan daripada al-Fajah (iaitu seorang ulamak Tabi’in. Tabi’in ialah mereka yang sempat dengan sahabat tetapi tidak sempat dengan nabi SAW) menceritakan “aku berada dalam majlis Utbah bin Farkan, juga seorang alim tabi’in (al-Fajah belajar dengan Utbah bin Farkan) menceritakan berkenaan sesuatu tiba-tiba masuk seorang di kalangan sahabat-sahabat nabi Muhamad SAW, ketika Utbah bin Farkan sedang mengajar masuk seorang sahabat nabi manakala Utbah melihatnya Utbah berasa kehebatannya lalu dia diam. 

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment