Tuesday, October 18, 2016

ORANG YANG MENDERHAKA DAN TIDAK KENANG BUDI



“Ada antara hamba-hamba Allah, Allah tidak bercakap dengan mereka pada hari kiamat, sahabat bertanya ya Rasulullah siapalah yang tuhan tidak layan itu. Jawab Rasulullah SAW orang yang membenci kedua ibu-bapanya iaitu orang yang tidak berbakti dan menderhaka dan orang yang mengingkari nikmat suatu golongan ke atasnya dan melepaskan diri daripada mereka, maknanya orang yang tidak kenang budi, tidak ingat jasa orang yang menolong mereka” maksud hadis nabi SAW

Hari akhirat nafsu-nafsi, tiada siapa yang boleh menolong. Jadi hendak tolong dengan siapa?

Minta tolong dengan Allah sahajalah. Tetapi dosa yang dilakukan pula menyebabkan kita tidak dilayan oleh Allah. Di padang Mahsyar masing-masing sibuk mencari nabi untuk mendapatkan syafaat. Kalau Allah tidak melayan nabi pun tidak melayan.

Jika kita tidak melayan ibu maka Allah tidak melayan kita di akhirat. Jadi apa salahnya mengalah kepada ibu-bapa semasa di dunia ini.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment