Tuesday, October 18, 2016

HARGAI IBU-BAPA

Dalam al-Quran kata ulama tafsir, ada tiga perintah yang disebut perintah berangkai iaitu perintah berkembar. Antara satu dengan yang lain perintah ini tidak boleh berpisah kerana berangkai.

Tiga perintah tersebut ialah:

1. “Ta’atlah kepada Allah, ta’atlah kepada rasul”
Ini bermakna sesiapa yang ta’at kepada rasul tetapi tidak ta’at kepada Allah maka keta’atannya kepada rasul tidak diterima. Sebaliknya sesiapa yang ta’at kepada Allah tetapi tidak ta’at kepada rasul maka keta’atannya kepada Allah tidak diterima.

2. “Dirikan sembahyang dan tunaikan zakat”
Ini menunjukkan sesiapa yang membayar zakat tetapi tidak sembahyang maka zakatnya tidak diterima. Sebaliknya sesiapa yang sembahyang tetapi tidak tunaikan zakat maka solatnya tertolak.

3. “Hendaklah kamu bersyukur kepada aku, dan terima kasih kepada ibu-bapa kamu”
Ini bermakna sesiapa yang hubungan dengan Allah baik, sembahyang rajin, ibadat malam tetapi menderhaka kepada ibu-bapa maka ibadatnya tidak diterima oleh Allah SWT.

Dalam al-Quran Allah SWT letak keta’atan kepada ibu-bapa ini di tempat yang istimewa dan penting.

Dalam surah al-Israj ayat 23 Allah berfirman maksudnya, “Dan tuhan kamu telah memerintahkan, hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan berbuat baik kepada ibu-bapa, jika salah seorang daripada keduanya atau keduanya sekali sampai kepada umur yang tua dan dalam jagaan dan peliharaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka ‘uh’ dan hendaklah kamu berkata dengan kata-kata yang mulia kepada mereka”.

Kalau kita lihat dari sudut susunan protokol keutamaan Allah SWT meletakkan ibu-bapa di lebel yang kedua selepas nama-Nya. Jadi soal keta’atan kepada kedua ibu-bapa tiada kompromi. Ibu-bapa mesti dihormati dan tidak boleh sama sekali diderhakai.

Kenapa kita perlu menghormati ibu-bapa bersungguh-sungguh? Kerana peranan yang ibu-bapa buat kita tidak mampu melakukannya setakat ini.

Sebagai contoh bapa, kerjanya mencari rezeki dan memberi perlindungan. Ibu-bapa kita bukan orang besar, cuma orang biasa sahaja, tetapi orang hormat kita kerana ibu-bapa kita. Jadi kita mendapat perlindungan kerana ibu-bapa kita. Bapa kita keluar pagi balik petang kerana mencari rezeki untuk kita. Oleh itu bapa perlu dihormati dan dita’ati.

Ibu mempunyai peranan yang luar biasa. Allah Ta’ala menyebut kesusahan ibu melahirkan anak. Lebih susah daripada kesusahan biasa. Ibu apabila mengandung bukan sesuatu yang menyeronakkan. Bayangkan betapa susahnya membawa kandungannya ke hulu ke hilir selama sembilan bulan. Bertarung nyawa pula ketika melahirkan anak.

Kata nabi orang mati syahid itu ada dua jenis iaitu syahid akhirat dan syahid akbar.  Jenazah orang mati syahid akhirat diurus sebagaimana mayat biasa iaitu dimandikan, dikafan dan disembahyangkan. Mereka yang tergolong dalam syahid akhirat ialah mati dimakan oleh binatang, mati kerana sakit perut termasuk ibu mati kerana melahirkan anak, mati lemas, mati kebakaran dan mati kerana kemalangan.

Ibu yang mati kerana melahirkan anak diletak sebagai syahid kerana dia bertarung nyawa antara hidup dan mati.

Peranan ibu juga mengasuh dan membesar anak-anak. Mengasuh dan membesar anak-anak ibu lebih berperanan daripada bapa. Dalam hadis apabila ditanya siapa yang perlu dihormati, nabi berkata ‘ibu, ibu, ibu dan baharulah ayah.

Bagaimana hendak berbuat baik dan menghormati ibu-bapa kita? Mengikut kitab Tabligh Rul Gha Filin seorang anak itu ada beberapa tanggungjawab terhadap ibu-bapanya:

1. Memberi makan kepada ibu apabila dia hendak makan. Sebagai contoh emaknya kata hendak makan goreng pisang, maka anak kena cari dan beri makan kepada emaknya. Jika sampai ke satu peringkat yang emak tidak mampu menyuap makanan, maka anak kena suap makanan ke mulut ibunya.

Peristiwa pernah berlaku di zaman nabi Musa ASTS. Pada suatu hari nabi Musa berdoa, “Ya Allah tunjukkan kepada saya siapakah rakan saya di syurga nanti”.

Allah ta’ala mewahyukan, “Wahai Musa kamu pergi ke suatu pasar, di situ ada seorang lelaki sedang menjual daging, berkenalan dengannya dan pergi ke rumahnya. Itulah rakanmu di syurga nanti”

Nabi Musa pergi berjumpa dengan orang muda penjual daging dan menyatakan hasratnya hendak berkenalan. Orang muda tersangat gembira kerana dapat berkenalan dengan nabi Musa.

“Sila datang ke rumah saya dan hendak tidur beberapa malam pun boleh”, kata pemuda itu.
Bila petang habis berniaga mereka pulang ke rumah. Ketika sampai di rumah nabi Musa disuruh berehat sementara menunggu pemuda itu masak makanan.

Oleh kerana lama sangat menunggu, nabi Musa mengintai lalu dia melihat pemuda itu sedang menyuap makanan kepada ibunya yang uzur. Apa yang menariknya ialah setiap kali menyuap makanan ibunya berdoa, “Ya Allah jadikanlah anak aku teman nabi Musa di Syurga”. Setiap kali suapan ibunya berdoa dan doanya itu dimakbulkan oleh Allah SWT
Kalau diantara kita ini ada ibu yang masih hidup dan sudah uzur, sakit, nyanyak dan sebagainya, jagalah sekadar yang kita mampu. Kadang-kadang semasa menyuap kita dimarahi hendaklah sabar.

2. Beri makan kepada ibu apabila ibu hendak makan sampai peringkat perlu disuapkan. Beri makan kepada ibu, emak terlantar sakit sama ada di hospital atau di rumah. Menjadi kebiasaan orang sakit menjadi pemarah atau macam-macam, kita sebagai anak hendaklah sabar.

3. Memberi khidmat di kala diperlukan. Contoh pergi kedai beli ubat nyamak. Tidak boleh dibantah sebab dia berhajat benda itu ketika itu. Apabila ibu berhajat sahaja kita beri khidmat. Kalau tidak berhajat pun kita kena offer. Emak, saya hendak pergi ke kedai, ada apa-apa hendak kirim.

Peristiwa pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW. Ada seorang sahabat namanya Owes Alkharni, seorang nama besar dalam sejarah Islam. Owes Alkharni tidak sempat berjumpa dengan nabi sebab dia duduk jauh dari Kota Madinah. Dia minta izin dengan emaknya hendak pergi ke Madinah untuk belajar dengan nabi. Emaknya berkata, “Aku sudah tua, jaga emak sudahlah”. Dia tidak pergi kerana emaknya tidak izin.

Tahun kedua dia minta izin lagi dengan emaknya. Tetapi emaknya tidak juga mengizinkannya. Dia tetap sabar dan tidak pergi ke Madinah.

Tahun ketiga dia minta izin dengan emaknya untuk ke Madinah belajar agama dengan nabi Muhamad. Emaknya berkata bahawa kamu bersungguh benar hendak pergi belajar dengan nabi di Madinah, baiklah kita pergi bersama-sama. Gembira Owez mendengar cakap emaknya yang juga hendak ikut pergi ke Madinah.

Dari Yaman mereka berdua naik unta dan singgah di Mekah untuk berehat. Dari Mekah mereka menuju ke Madinah juga dengan manaiki unta. Di tengah perjalanan unta mengalami masalah. Unta sakit dan tidak boleh berjalan lagi. Owez memberitahu ibunya kita terpaksa berjalan kaki ke Madinah ini. Emaknya berkata, “Emak sudah tua mana layak berjalan kaki”

Apa kata Owez. “Emak duduk di belakang, saya pikul emak’. Dia memikul emaknya dari Mekah ke Madinah. Di tengah jalan emaknya berkata, “Tidak apalah nak, emak sudah tidak larat duduk di belakang kamu, turunlah di sini”.

Emaknya duduk dan meninggal di padang pasir di tengah-tengah perjalanan antara Mekah dan Madinah. Sedih Owez Alkharni kerana tidak dapat membawa emaknya berjumpa dengan nabi Muhamad SAW.

Setelah mayat ibunya dikebumikan Owez terus perjalanan ke Madinah. Sampai di Madinah dia memberitahu kepada orang di situ bahawa dia hendak berjumpa dengan Rasulullah SAW. Orang Madinah berkerumun dan memandang kepadanya dengan pandangan luar biasa. Salah seorang daripada mereka berkata, “Wahai anak muda, kamu ini siapa?”

“Saya in Owez Alkharni, saya datang dari kampung untuk berjumpa dengan nabi”, Jawab anak muda itu.

Orang ramai tunduk, “Tahukah kamu bahawa Rasulullah SAW baharu sahaja meninggal dunia semalam”, kata salah seorang daripada mereka.

Menitis air mata Alkharni, sedih. “Apalah hendak jadi nasib saya, tiga tahun saya menunggu hendak berjumpa dengan nabi dan belajar agama dengan nabi, tetapi tidak dapat. Hari ini saya mendapat berita sedih lagi, iaitu nabi pula wafat. Sudahlah di dalam perjalanan emak saya meninggal. Ya Allah apa hendak jadi kepada nasib saya”.

Dalam keadaan kelam kabut demikian rupa datang Saidina Omar dan Saidina Ali lalu bertanya mengapa kelam kabut. Lalu orang ramai menjawab, “Ada seorang anak muda menangis kerana tidak sempat berjumpa nabi”.

Saidina Omar pun bertanya, “Wahai anak muda, siapa nama kamu?”  

“Nama saya Owez Alkharni”, jawab Owez.

Omar pun terdiam, “Kalau begitu kamulah yang pernah disebut oleh Rasulullah dulu”.

Nabi memberitahu kalau berjumpa dengan anak muda bernama Owez Alkharni maka mintalah doa daripada dia kerana kata nabi kamu tidak akan tahu daripada mana doa itu datang, sebab Owez ialah seorang pemuda yang baik.

Lalu Omar berkata, “Wahai Owez, doakan, nabi suruh doakan saya”.

Owez terkejut, bayangkan orang kampung berada dalam ramai orang alim dan ulama, tiba-tiba disuruh berdoa untuknya. Owez berkata tuan ini sahabat, orang hebat, takkan orang kampung hendak berdoa untuk tuan.

Kata Saidina Omar, “Wahai Owez kamu tidak dikenali penduduk di bumi, tetapi nama kamu harum di kalangan penduduk langit kerana kamu menjaga emak kamu bersungguh-sungguh. Nama kamu diangkat oleh Allah, dan seluruh penduduk langit kenal akan kamu wahai Owez”.

Bayangkan menjaga emak sahaja, namanya harum di kalangan penduduk langit. Masaa Allah. Oleh itu dalam persoalan ini kita kena berusaha bersungguh-sungguh menjaga emak kita.

4. Sekiranya ibu kita hendak pakaian maka belikan dia pakaian walaupun dia mampu. Sebagai contoh, katalah kita membawa emak kita ke kedai cermin mata untuk membeli cermin matanya. Emak hendak membayar. “Jangan emak, biarlah saya bayar”. Jangan benar ibu bayar walaupun dia mampu.

Sekarang apa yang berlaku masaa Allah. Sudahlah emak yang bayar, duit bakipun tidak dipulangkan kepada emak. Ramai anak-anak beranggapan bahawa tidak perlu membantu emak yang sudah mempunyai pencen. Ini adalah anggapan yang tidak betul. Kena bantu. Lainlah kiranya ibu bapa menolak.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment