Thursday, October 20, 2016

EMPAT SIFAT MUNAFIK



Hadis Muttafakun Alaih, daripada Abdullah bin Amar bin al-As RA ,“Bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, empat perkara, sesiapa yang ada padanya empat sifat ini adalah ia munafik dengan sebenarnya, dan sesiapa yang ada satu daripadanya adalah ia satu sifat dari sifat-sifat munafik sehingga ia meninggalkannya, apabila ia diberi amanah dia khianat, apabila bercakap dia bohong, apabila berjanji dia mungkir, apabila dia bertengkar dia jahat”.

Dia mendengar nabi SAW bersabda ada empat sifat munafik. Kalau seseorang itu mempunyai keempat-empat sifat maka munafiklah ia. Jika seseorang itu ada satu sahaja maka dia memiliki satu daripada sifat munafik sehingga ia meninggalkan perangai munafik itu.

1. Apabila diberi amanah dia khianat. Apabila membuat perjanjian dia khianat. Apabila meminjam wang sudah ada niat dalam hati tidak mahu membayar hutangnya. Bila membuat perjanjian langgar perjanjian. Apabila membuat apa-apa perjanjian mestilah tunai perjanjian itu.

2. Bohong apabila bercakap, kecuali yang diizinkan oleh syarak, kerana hendak mengilirukan musuh dan hendak mendamaikan dua orang yang berkelahi. Perangai bercakap bohong adalah satu sifat munafik

3. Bila berjanji mungkir. Berjanji hendak buat satu perkara tetapi buat perkara lain daripada apa yang dijanjikan, kecuali perkara dibuat itu lebih daripada yang dijanjikan.

4. Bila bertengkar dia jahat walaupun dia terang-terang salah. Dia tidak mahu mengaku salah. Ini adalah orang yang sangat jahat.

Ada perkara-perkara yang nabi ikut pandangan sahabatnya. Jika perkara itu adalah wahi daripada Allah maka nabi dan para sahabat menerimanya. Kalau bukan wahi maka nabi menerima pandangan para sahabatnya.

Begitu juga para sahabat, kiranya pandangan itu betul maka dia ikut yang betul. Mereka tidak bertengkar atau menegak pendapatnya walaupun salah.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment