Thursday, October 20, 2016

PENGKHIANAT PERJANJIAN DIMALUKAN DI AKHIRAT.


Hadis muttafakun alaih, “Dan daripada Ibni Masud Ibni Umar dan dari Annas, kata mereka telah bersabda nabi SAW setiap orang yang mengkhianati perjanjian ada bendera pada hari kiamat kelak, dikatakan ini bendera sianu yang menipu, yang khianat”.

Ini menunjukkan bahawa tuhan letak bendera pada hari kiamat supaya semua orang nampak pengkhianat perjanjian. Bendera ini boleh dilihat dari jauh. Orang akan tahu bahawa dia mengkhianati perjanjian supaya dihina pada hari kiamat ditengah khalayak ramai. Dihina dahulu di padang mahsyar sebelum menerima hukuman dalam neraka.

Nauzubillah minzalik

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment