Sabda nabi SAW, “Dan daripada Abi
Said al-Qudri RA, katanya bahawa nabi SAW telah bersabda setiap orang yang khianat
terhadap perjanjian ada bendera diletakkan dipunggungnya pada hari khiamat,
diangkat bendera untuknya dengan kadar kianatnya, ingatlah tiada khianat yang
lebih besar daripada pemimpin umum”, (Hadis riwayat Muslim.)
Ini menunjukkan mereka yang
menjadi pemimpin negara adalah amanah yang paling besar. Kiranya tidak
menjalankan perintah Allah maka mereka menjadi pengkhianat yang besar.
Begitu juga mereka yang melantik
pemimpin negara tidak mengikut kaedah Islam DOSA yang sangat besar kerana ini
amanah yang sangat besar. Dengan wang RM50 atau RM100 yang diberi kita pun
terus melantik pemimpin tanpa peduli mereka menunaikan perintah Allah ataupun
tidak.
Disebut dalam hadis “barang siapa
yang melantik pemimpin bukan kerana kelayakannya tetapi kerana dunianya maka
dia telah khianat terhadap Allah dan Rasul-Nya SAW.”
Punca berlakunya hari kiamat
ialah apabila orang Islam tidak melantik pemimpin dengan cara amanah.
Dalam sebuah hadis yang terkenal,
“Abu Hurairah berkata pada suatu hari sedang nabi SAW bercakap dengan
sahabatnya dalam masjid tiba-tiba datang seorang Arab Badwi terus bertanya,
”Wahai Rasullah bila berlakunya kiamat?”
Nabi meneruskan ucapannya. Ada kalangan kami berkata nabi mendengar
soalan itu tetapi tidak senang kerana menyoal ketika nabi sedang bercakap. Ada
juga yang berkata nabi tidak mendengar soalan itu sebab itulah nabi tidak
menjawab.
Tiba-tiba nabi SAW bersabda,
“Mana dia orang yang bertanya mengenai kiamat?”
Lalu orang Badwi berkata, “Saya
ya Rasulllah”
“Apabila dihilangkan amanah”, jawab
nabi SAW.
Orang Badwi itu bertanya lagi,
“Bagaimana dihilangkan amanah ya Rasulullah?”
Jawab nabi SAW, “Apabila diserahkan
urusan ulil amri kepada orang yang bukan ahli”
Para ulama menetapkan urusan itu:
1. Islam
2. Berilmu. Ilmu dalam perkara
agama dan urusan dunia.
3. Adil. Tidak mengerjakan dosa
besar dan tidak mengulangi dosa-dosa kecil. Mereka pula mempunyai pengaruh.
Tetapi hari ini pemilihan kepimpinan,
orang tidak peduli dan menjadi sesuatu yang dicuaikan. Ini merupakan satu tanda
akhir zaman.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment