Thursday, October 20, 2016

JANJI KITA DENGAN ALLAH

Firman Allah Ta’ala, “Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian”, al-Maidah ayat 1.

Antara janji ialah Asyhadu Alla ilaha illallah Waasyhadu Anna Muhammadan Rasulullah. Janji kita dengan Allah SWT bila menjadi orang Islam.

Mengucap dua kalimah syahadah, sembahyang, pergi ke Mekah acap kali tetapi “Hukum hudud tidak boleh pakai”. Jawabnya kafir, murtad haji tidak diterima dan sembahyang pun tidak diterima.

Mengapa?

Kerana dia merongkai janji kalimah syahadat dengan Allah SWT.

Sila buka Quran, ayat ini ayat pertama surah al-Maidah.

Firman Allah Ta’ala maksudnya, “Sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dia menjadi kafir”

Firman Allah Ta’ala maksudnya, “Sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dia jadi zalim”

Firman Allah Ta’ala maksudnya, “Sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dia jadi fasik”

Kafir, zalim dan fasik, tiga perkara boleh berlaku. Sama ada berlaku ketiga-tiga perkara terhadap mereka yang tidak menjalankan undang-undang hudud ataupun salah satu daripadanya.

Ini sangat hebat dan Allah Ta’ala memulakan surah al-Maidah (ayat pertama) bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian”

Setiap orang yang menjadi ketua negara, yang menjadi pemimpin melakukan bai’ah. Dalam baiah disebut, “Ta’at kepada aku selagi aku menta’ati Allah dan Rasulullah”. Ini ikatan yang sangat kuat.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment