Thursday, October 20, 2016

SURAH AL-MAIDAH


Surah al-Maidah banyak membicarakan tentang hukum-hukum, antaranya hukum hudud yang wajib ditunaikan oleh pemerintah dan orang Islam wajib beriman kepadanya.

Orang Islam bukan sahaja beriman kepada perkara ibadat tetapi juga hukum hudud yang disebut dalam surah ini.

“Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah dipotong tangannya”. Hukuman cegahan daripada Allah SWT.

Surah ini juga membicarakan hukum hudud hirabi yakni merompak dan menyamun.

Firman Allah Ta’ala bermaksud, “Sesungguhnya balasan ke atas orang-orang yang melakukan hirabah yang memerangi sempadan Allah dan Rasul-Nya yang merompak dan menyamun”

Merompak dan menyamun bermakna mengambil harta orang dengan cara paksa iaitu mengambil harta terang-terang di depan pemiliknya, tetapi mencuri mengambil harta secara senyap dan tidak disedari oleh pemilik barang.

Hukuman hirabah ialah dibunuh, ataupun disolib, ataupun dipotong tangan dan kaki bersilang, (tangan kanan kaki kiri dan tangan kiri kaki kanan), ataupun dibuang daerah, mengikut kadar kesalahana yang dilakukan.

Sekiranya dia membunuh tetapi tidak mengambil harta hukumnya bunuh. Kiranya merompak, membunuh dan mengambil harta hukumannya bunuh dan solib. Merompak harta tetapi mangsa tidak dibunuh, hukumannya ialah potong tangan dan kaki secara bersilang.

Melakukan rompakan tetapi tidak berjaya, hukumannya ialah buang daerah.
Hukum ini disebut dalam al-Quran, suratul Maidah.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment