Thursday, October 20, 2016

KESAN RIBA KEPADA INDIVIDU


Al-Quran memberitahu kita dalam surah al-Baqarah, “Sesiapa yang memakan riba dan memberi riba akan hancurlah keberkatan”

Imam Ibni Hajar mengulas maksud menghancur keberkatan ialah individu akan melakukan maksiat dan merasa benci kepada ilmu Islam, merasa benci kepada halal dan haram, benci mendengar al-Quran dan hadis nabi SAW. Ini adalah kesan daripada riba.

Ibni Abas mengatakan amal ibadatnya akan terganggu khususnya amal ibadat yang melibatkan harta yang ada unsur riba. Ini bermakna hajinya tidak diterima dan sedekahnya tidak diterima oleh Allah SWT.

Nabi SAW telah bersabda, “Apabila terzahirnya riba dan zina di sesebuah negara secara berleluasa maka sebenarnya mereka telah menempah azab Allah SWT”

Pertingkatkan ilmu dalam bidang ekonomi Islam khususnya mengenai riba kerana ia melibatkan ibadat kita.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment