Thursday, October 20, 2016

MENABUNG DAN MENIMBUN



Memang ada perbezaan antara menabung dan menimbun.
Allah SWT melarang hamba-hamba-Nya menimbun kekayaan sehingga kekayaan itu tidak beredar di kalangan manusia.

Allah SWT berfirman maksudnya, “Kekayaan itu tidak harus berligar di kalangan orang kaya sahaja”.

Ini bermakna orang kaya tidak harus menimbun kekayaan sebanyak mungkin tanpa membayar zakat, bersedekah dan menginfak ke jalan Allah SWT.

Orang-orang kaya hendaklah membayar zakat dan menginfak sebahagian harta kekayaannya supaya harta mereka tidak beredar di kalangan mereka sahaja.

Mengikut kajian, sebaik-baik sahaja kerajaan Othmaniah ditumbangkan perkara yang utama sekali dilakukan oleh Kamal Artatuq ialah menghapuskan sistem infak.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment