Thursday, October 20, 2016

PENIAGA KENA JAGA TIGA PERKARA



Mengikut imam al-Ghazali seorang peniaga diminta jaga tiga perkara baharulah perniagaan terjamin:

1. Apabila hendak melancarkan perniagaan atau setiap kali hendak membuka kedai niat mesti betul. Niatnya ialah “Ya Allah ya tuhanku aku berniaga ini untuk mendapat wang (harta) supaya aku tidak perlu meminta-minta dengan orang”

Untuk menjauhkan daripada meminta-minta dengan orang kita mesti ada wang. Salah satu cara untuk mendapat wang ialah berniaga.

Jangan berniaga kerana ikut-ikut orang. Orang buka kedai kita pun buka kedai. Niat berniaga mestilah betul dengan apa yang dikehendaki agama. Dengan niat yang betul kita merasa cukup dengan rezeki halal dan tidak teringin rezeki haram.

2. Niat untuk mengembangkan agama. Duit yang diperolehi dari perniagaan sebahagiannya untuk disedekah dan infak ke jalan Allah.

3. Niat untuk menjaga keluarga. Dengan berniaga anak isteri terkawal daripada meminta-mita dengan orang.

Peniaga yang jujur dan ikhlas Allah menyediakan tempatnya di syurga.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment