Wednesday, October 19, 2016

PENYEBARAN DUIT PALSU


Membuat duit palsu diharam oleh semua negara. Jika duit palsu banyak beredar dalam sesebuah negara maka ekonomi negara akan rosak binasa. Kuasa beli lebih tinggi daripada penawaran barang dan perkhidmatan menyebabkan wujud inflasi. Dalam Islam membuat duit palsu adalah aktiviti haram. Sebenarnya Islam lebih dahulu lagi mengharamkan aktiviti duit palsu.

Perkara ini ditulis oleh imam al-Ghazali yang lahir dalam kurun ketujuh Hijrah iaitu kira-kira 700 tahun dahulu. Ketika itu orang putih belum tahu memegang pensil lagi. Jadi mereka meniru Islam.

Mengikut imam al-Ghazali penyebaran duit palsu akan menimbulkan kemudharatan terhadap pelanggan. Penyebaran duit palsu secara meluas akan melumpuhkan ekonomi negara. Oleh sebab itu aktiviti ini diharamkan dalam Islam.

Kumpulan yang menyebar duit palsu akan menerima dosa yang setimpal dan selagi duit tersebar atau bertukar tangan maka selama itulah mereka menerima dosa walaupun kumpulan itu meninggal dunia.

Dosa boleh diampun oleh Allah SWT kiranya mereka bertaubat mengikut syarat-syarat taubat yang ditetap oleh Allah SWT.

Mereka kena isytihar secara terbuka perbuatannya dan kemudian bertaubat kepada Allah SWT.

Mengikut sesetengah ulama kita belanja duit palsu satu dinar dosanya lebih besar dari mencuri duit seratus dinar. Mencuri duit dosanya setakat itu sahaja dan tidak berulang. Tetapi menggunakan duit palsu dosa berulang-ulang dan berpanjangan walaupun kita mati kerana duit itu akan bertukar tangan. Selagi duit itu bertukar tangan maka selama itulah dosa balik kepada penyebarnya.

Kita diberi pahala oleh Allah SWT jika kita musnahkan duit palsu itu kerana kita telah mencegah kemungkaran dari berulang.

Kita memohon kepada Allah SWT semoga dilindungi dari terjebak dan menyebar duit palsu.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment