Wednesday, October 19, 2016

SOROK BARANG


Dalam urusan hidup khususnya mengenai ekonomi ada urusan yang betul dengan syarak dan ada urusan yang salah dengan syarak.

Antara yang bertentangan dengan syarak ialah menyorok barang-barang. Barang-barang disorok dengan tujuan memahalkan harga. Peniaga mendapat untung yang banyak sedangkan pengguna menanggung kesusahan.

Dalam ilmu fekah aktiviti itu termasuk dalam kerja-kerja haram. Sebarang aktiviti dilakukan bertujuan memahalkan harga dan mendapat keuntungan yang besar adalah kerja-kerja zalim.

Seberat mana dosa yang ditanggung bergantung kepada kesalahan yang dilakukan. Jika kesalahan itu menyebabkan kesusahan ditanggung oleh orang tidak berat maka sedikitlah dosa ditanggung. Sebaliknya jika kesalahan itu menyebabkan kesusahan yang berat kepada pengguna maka besarlah dosa ditanggung di akhirat nanti.

Jadi penjual janganlah menyorok barang-barang terutama sekali barang keperluan harian seperti beras, gula dan minyak masak. Jadikanlah diri kita penjual yang bertaqwa.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment