Wednesday, October 19, 2016

KECELAKAAN BERPANJANGAN



Kecelakaan besarlah seseorang itu apabila dia mati dosanya terus menerus hidup disambung oleh orang-orang yang masih hidup.  Jadi seboleh-bolehnya janganlah sekali-kali membuat dosa.

Firman Allah Ta’ala dalam surah Yasin ayat 12, “Sesungguhnya kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata”

Antara dosa berpanjangan berpunca dari:

1. Membuat duit palsu yang terus menerus digunakan adalah haram kerana ekonomi sesebuah negara menjadi rosak dan menimbul kesusahan kepada orang ramai. Selagi duit itu digunakan maka selama itulah pembuat duit palsu menerima dosa walaupun sudah meninggal dunia.

Pengetahuan mengenai keaslian duit sangat mustahak. Jika kita ada duit palsu jangan belanjakan tetapi cepat-cepat bakar kerana salah dari segi undang-undang negara dan hukumnya haram kiranya dibelanjakannya.

Mengikut ulama dengan sengaja membelanjakan duit palsu sebanyak RM1.00 dosanya lebih besar dari mencuri duit sebanyak RM100.00. Dosa itu dikongsi sama selagi duit itu digunakan bergilir-gilir tangan.

2. Perbuatan yang dilakukan menjadi ikutan orang lain. Ibu bapa tidak solat anak-anak tidak solat dan kemungkinan cucu cicit juga tidak solat. Dosa itu ditanggung oleh ibu bapa walaupun sudah meninggal dunia.

3. Menyebar berita-berita palsu, bohong dan fitnah, menyebar gambar-gambar lucah atau gambar-gambar perempuan yang boleh menimbul keinginan di dalam akhbar dan dalam media alternatif adalah satu kerja yang amat keji. Dosa itu dipikul oleh penyebar selagi berita atau bahan-bahan lucah itu terlekat pada kertas akhbar dan dalam media alternatif.

4. Menyertai atau membantu kumpulan-kumpulan yang tidak diredhai oleh Allah SWT memberi infak yang serupa. Selagi kumpulan itu hidup maka selama itulah mereka yang terlibat mendapat saham walaupun sudah meninggal dunia.

Jangan memikir senang hidup atas dunia. Kita akan dipanggil balik di akhirat nanti. Oleh itu elakkan diri kita daripada membuat dosa terutama sekali dosa-dosa yang disambung oleh orang-orang yang masih hidup.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment