Wednesday, October 19, 2016

RAKAN NABI MUSA DI SYURGA



Pada suatu hari nabi Musa berdoa, “Ya Allah tunjukkan kepada saya siapakah rakan saya di syurga nanti”.

Allah ta’ala mewahyukan, “Wahai Musa kamu pergi ke suatu pasar, di situ ada seorang lelaki sedang menjual daging, berkenalan dengannya dan pergi ke rumahnya. Itulah rakanmu di syurga nanti”

Nabi Musa pergi berjumpa dengan orang muda penjual daging dan menyatakan hasratnya hendak berkenalan. Orang muda tersangat gembira kerana dapat berkenalan dengan nabi Musa.

“Sila datang ke rumah saya dan hendak tidur beberapa malam pun boleh”, kata pemuda itu.
Bila petang habis berniaga mereka pulang ke rumah. Bila sampai di rumah nabi Musa disuruh berehat sementara menunggu pemuda itu masak makanan.

Oleh kerana lama sangat menunggu, nabi Musa mengintai lalu dia melihat pemuda itu sedang menyuap makanan kepada ibunya yang uzur. Apa yang menariknya ialah setiap kali menyuap makanan ibunya berdoa, “Ya Allah jadikanlah anak aku teman nabi Musa di Syurga”.

Setiap kali suapan ibunya berdoa dan doanya itu dimakbulkan oleh Allah SWT
Kalau antara kita ini ada ibu yang masih hidup dan sudah uzur, sakit, nyanyak dan sebagainya, jaga dan layan dia semampu mungkin. Hendaklah banyak bersabar jika dimarahi.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment