Dalam
Suratul Mutaffifin ayat 1-3 Allah SWT menyebut, “Celaka bagi peniaga-peniaga
yang menipu dalam sukatan dan timbangan. Apabila barang ditimbang untuknya dia
minta disempurnakan timbangannya tetapi apabila ia menimbang untuk orang lain
maka dikurangkan timbangan tersebut”
Inilah
peniaga yang curang. Bagi mereka ini disediakan satu hukuman iaitu kecelakaan.
Apa itu
celaka?
Celaka ialah
tidak berkat. Allah melaknat peniaga tersebut. Allah SWT melaknat keuntungan yang diperolehi,
Allah SWT melaknat barang-barang yang ada dalam kedainya sekiranya dia
melakukan kecurangan dalam perniagaan.
Sebagai
contoh kalau dia menggunakan hasil perniagaan untuk sembahyang Allah tidak
menerima sembahyangnya dan kalau dia bersedekah sedekahnya tidak diterima sebab
tidak ada keberkatan kerana Allah SWT telah melaknatnya.
Jadi peniaga
mestilah sempurnakan sukatan dan timbangan. Lebih baik basikan atau lebihkan
sedikit sukatan dan timbangan.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment