Berniaga
dalam Islam adalah satu kerja yang mulia. Nabi semenjak dari umur dua belas
tahun sudah dilatih oleh datuknya, Abdul Muttalib dan juga oleh bapa
saudaranya, Abu Talib ke Syam dan Yaman.
Berniaga
ialah kerja yang halal dan dituntut oleh Islam. Sabda nabi SAW maksudnya,
“Mencari nafkah yang halal dari kerja yang halal adalah merupakan suatu
kewajipan bagi orang-orang Islam”.
Dan
kata-kata hikmah telah menyebut, “ 9/10 daripada punca rezeki adalah dari
perniagaan”. Maka beruntunglah orang-orang yang melakukan perniagaan kerana
keuntungan yang bertambah-tambah kerana 9/10 daripada punca rezeki datang dari
perniagaan.
Nabi SAW
pernah ditanya oleh sahabat, “Apakah sebaik-baik pekerjaan?” Nabi menjawab,
“Pekerjaan yang paling mulia ialah pekerjaan dengan menggunakan tangannya,
menggunakan penat lelahnya, menggunakan tulang empat keratnya”. Nabi sambung
lagi, “Dan pekerjaan yang mulia lagi ialah jual beli yang baik, perniagaan yang
baik iaitu tiada penipuan dalam perniagaan tersebut”.
Orang-orang
yang melakukan perniagaan dengan jujur nabi SAW telah berjanji satu ganjaran
sebagai hadisnya bermaksud, “Bahawa peniaga yang jujur lagi amanah dalam
menjalankan perniagaanya di hari kiamat nanti dia akan dibangkitkan bersama
dengan golongan para nabi, golongan siddiqin dan golongan orang-orang yang mati
syahid”
Alangkah
hebatnya ganjaran kepada para peniaga yang jujur dan amanah. Para peniaga ini
tidak kiralah di pasar malam, di pasar tani, di kedai, di tepi jalan, di pasar
biasa atau dia menjual makanan, menjual minuman sahaja, menjual sayur-sayuran,
menjual barangan runcit, menjual makanan segera, menjual kereta, menjual rumah, membuat jualan langsung, menjual
barang-barang mistik, menjual pakaian, atau melibatkan diri dengan perniagaan
perkhidmatan seperti kedoktoran, perhotelan dan homestay.
Semuanya
terlibat. Insya Allah tempat mereka dalam syurga bersama-sama para nabi, siddiqin
dan syuhadat.
Dari Jabir RA
telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Allah SWT mencucuri
rahmat kepada orang yang berbuat baik ketika ia berjual, ketika ia membeli dan
ketika ia membuat tuntutan”
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment