Tuesday, October 18, 2016

9/10 SUMBER MATA PENCARIAN ADALAH BERNIAGA



Islam menggalakkan perniagaan. 9/10 daripada sumber rezeki datang dari perniagaan.

Junjungan besar nabi Muhamad SAW menceburkan diri dalam perniagaan semata-mata untuk mencari rezeki yang halal dan memenuhi keperluan hidup seharian. Selepas baginda Rasulullah SAW berkahwin dengan Siti Khadijah RA baginda masih tetap menjalankan perniagaan seperti biasa menjadi pengurus dan zakat perniagaan isteri baginda setelah baginda diangkat sebagai rasul.

Baginda sentiasa menjalankan sikap baik hati dan lemah lembut ketika berniaga dan daripada Abdullah bin Omar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Apabila engkau berjual beli maka katakanlah tidak boleh ada penipuan”.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment