Tuesday, October 18, 2016

TIPS UNTUK USAHAWAN YANG BERJAYA



1. Jujur dan amanah

Sabda nabi SAW bermaksud, “Peniaga-peniaga yang jujur dan beramanah berada dalam syurga bersama dengan siddiqin, syuhadat dan juga para-para nabi.

2. Beri upah kepada pekerja dengan segera.
Habis kerja sebelum peluh kering kata nabi berilah upahnya. Jangan tiga bulan baharu bayar upah.

Hari ini ada perjanjian, ada orang dapat gaji hari, gaji mingguan dan bulanan. Pendek kata sebagai majikan berilah upah dengan segera supaya kita tidak diazabkan oleh Allah SWT di akhirat kelak.

Kalau pekerja bekerja lebih bayarlah lebih. Kalau dapat untung lebih bayarlah lebih

3. Tidak menipu timbangan dan sukatan. Kita tipu di dunia terlepas tetapi tidak di akhirat

4. Berbelanjalah secara sederhana, jangan boros. Al-Quran mengingatkan kita orang yang boros adalah member syaitan.

5. Menabung untuk keperluan di masa susah. Nabi tidak pernah menabung tetapi menyuruh kita menabung. Kenapa nabi tidak menabung? Kerana semua wangnya digunakan untuk menolong orang miskin, menolong anak yatim dan infak ke jalan Allah.
Nabi adalah seorang yang paling dermawan.

6. Hindar diri daripada berhutang kerana hutang menyebabkan kita akan rasa susah di dunia dan susah di akhirat. Orang yang mati syahid yang berhutang pun ruhnya berada di awang-awangan.

7. Carilah rezeki yang halal yang diredhai oleh Allah SWT.

KULIAH YT

ZZ

No comments:

Post a Comment