Tuesday, October 18, 2016

KECACATAN BARANG YANG DIURUS NIAGA



Abi Hurairah RA menceritakan bahawa seorang lelaki di kalangan sahabat bernama Hiban bin Munkir RA menyebut kepada nabi SAW bahawa dia telah ditipu dalam jual beli, maka sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa yang menjual kepadamu maka katalah haram dan jangan menipu.” (hadis riwayat Muslim.)

Berdasar kepada hadis ini, ulama mensabitkan bahawa barang tipu ini boleh dipulang balik dan ambil duit semula. Apa lagi kalau ada syarat-syarat yang ditetapkan yang dikenali dengan khiar syarat.  Apabila ada khiar syarat dan berlaku jual beli dan nyata berlaku penipuan maka dia telah melakukan jual beli yang haram.

Sekiranya kecacatan itu berlaku selepas jual beli dan di luar daripada majlis maka barang itu tidak boleh dipulang balik lagi.

Mengikut satu riwayat Saidina Omar telah membeli seekor kuda daripada seorang Badawi. Pada masa beli kuda dalam keadaan elok. Setelah Saidina Omar menggunakannya beberapa hari, tiba-tiba kuda itu berjalan tempang. Mungkin kerana tubuh Saidina Omar besar dan berat.

Saidina Omar hantar balik kuda itu kepad penjual. Kata orang Badawi itu, “Tidak boleh kerana pada masa saya jual kuda itu dalam keadaan elok. Kuda menjadi cacat setelah berada di tangan Amiral Mukminin”.

Lalu Saidina Omar melantik seorang hakim bernama Suraih Alkhendi. Hakim bertanya, “Barang ini rosak bila?”

Didapati kuda itu cedera setelah berada di tangan Saidina Omar maka jual beli diteruskan kerana kecacatan itu berlaku di luar daripada majlis.

Jika kecacataan berlaku di dalam majlis maka barang itu boleh dipulangkan.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment