Thursday, October 20, 2016

KAEDAH MENABUNG





Dalam kontek menabung ini apakah prinsip Islam yang terpaksa kita pegang. Sudah pasti tidak lain dan tidak bukan kita mesti mengikut hukum-hakam Allah SWT.



Hari ini kita menyimpan dalam bank dan kita melabur, semuanya adalah untuk masa depan. Cuma yang perlu kita sedar ialah simpanan dan pelaburan itu mestilah dalam kontek yang diredhai Allah SWT.



Simpanan dan pelaburan itu mestilah bersih daripada riba’. Kita hendaklah menyimpan dalam bank-bank yang disepakati oleh ulama sebagai syari’ iaitu bank-bank yang mengikut aturan yang ditetapkan oleh syariah.



Apa bezanya menyimpan dalam bank Islam dengan bank konvensional?



Perbezaan yang paling nyata sekali ialah soal riba’ yang diharamkan.



Soal riba’ ini kadang-kadang dipandang ringan oleh umat Islam. Pada hal pengharaman riba’ digambarkan lebih buruk daripada pengharaman perkara-perkara lain.



Dalam kontek pengharaman riba Allah SWT menyatakan dalam al-Quran, “Wahai orang-orang yang beriman sekiranya kamu benar-benar beriman tinggallah saki baki riba’ yang ada pada kamu kalau sesungguhnya kamu orang-orang beriman. Sekiranya kamu tidak meninggalkannya nescaya Allah akan mengisytiharkan perang terhadap kamu”.



Dalam menafsirkan ayat ini ulama mengatakan pengharaman riba’ digambarkan lebih buruk daripada pengharaman perkara-perkara lain seperti arak, khinzir, kerana Allah dan rasulnya mengisytihar perang.



Dalam hadis nabi ada menyebutkan bahawa riba´ada 72 jenis dan dosa yang paling kecil di kalangan riba’ ialah sama dengan berzina dengan ibu kandung sendiri.



Jadi apabila menyimpan wang elakkan dari menyimpan dalam bank-bank yang tidak berlandaskan syariah. Dengan menyimpan dalam bank-bank Islam kita bebas daripada riba’. 

Mengikut skim simpanan tetap dalam bank konvensional, peratus keuntungan ditentukan lebih awal, tetapi dalam bank Islam peratus keuntungan berdasarkan hibah atau hadiah dan hadiah adalah hak mutlak milik bank. Jadi ada beza antara sistem Islam dengan sistem bukan Islam.



Wang dan harta yang bersih daripada riba’ mendapat keberkatan daripada Allah SWT.



KULIAH YT

No comments:

Post a Comment