Thursday, October 20, 2016

HALAL HARAM DALAM PENDAPATAN



Kita kena faham bahawa perkara-perkara yang melibatkan hutang, duit, perbelanjaan, pelaburan, simpanan dan pinjaman, semuanya berkait rapat dengan ibadat kita. Jadi jangan menganggap ianya perkara sampingan yang tidak perlu dipelajari dengan bersungguh-sungguh.

Khalifah Omar al-Khattab mengatakan, “Jangan ada seorang daripada kalangan kamu yang berani masuk dalam pasar kerana berjual beli sebelum kamu belajar hukum hakam tentang riba’ khususnya”, hadis riwayat Tarmizi (Hadis Hassan)

Nabi pernah menceritakan bahawa, “Seorang lelaki yang musafir, rambutnya kusut masai, mengangkat kedua tangannya berdoa kepada Allah SWT, (doa semasa musafir dimakbul oleh Allah SWT) sedangkan makanannya haram, pakaiannya haram dan dia dibesarkan dengan wang yang haram bagaimana mungkin doa dimakbulkan”, hadis sahih.

Jadi doa tidak dimakbulkan kerana harta dan wang yang haram, kerana urusan hidup kita tidak menepati hukum-hukum Islam.

Antara harta haram ialah harta yang diperolehi tidak bersih daripada riba’.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment