Thursday, October 20, 2016

BERNIAGA DALAM PEJABAT



Bila berniaga dalam pejabat kita perlu jaga beberapa perkara. Jangan menjual produk kita dalam waktu pejabat. Kita tidak boleh menggunakan ruang dan waktu pejabat. Tidak dibolehkan juga merampas pelanggan pejabat. Oleh kerana sibuk dengan perniagaannya, kerja-kerja pejabat terabai.

Menjual waktu rehat betul, tetapi yang salahnya emosi dan fikiran yang tidak sihat akibat perniagaannya boleh mengganggu urusan pejabat.

Dalam usaha untuk menambahkan pendapatan, kita perlu berhati-hati takut-takut kita melanggar janji kita kepada Allah SWT, janji kita kepada Rasulullah dan janji kita kepada orang beriman.

Allah SWT sebut dalam al-Quran, “Dan hendaklah kamu tepati janji kamu kerana janji itu akan dipersoalkan oleh Allah SWT”

Segala tindak-tanduk kita sama ada di dalam rumah, luar rumah, dalam pejabat dan di luar pejabat semuanya akan dicatit oleh malaikat dan akan dibicarakan oleh Allah SWT.

Allah berfirman, “Wahai orang-orang beriman hendaklah kamu menepati akad kamu, ta’at kamu, kesetiaan kamu, janji kamu”

Kata Ibni Abas apa yang kita lakukan dipersoalkan oleh Allah sama ada halal atau haram, termasuk apa yang kita kerja hari ini. Jika kita ambil masa pejabat akan dipersoalkan oleh Allah SWT.

Andai kata semua ruang pejabat ada CCTV yang dilihat dan dikawal oleh boss di pejabat, barang kali semua pekerja membuat kerja dengan tekun sepanjang waktu kerja.

Apatah lagi kita sebagai hamba Allah yang Allah SWT menyaksikan semua kita ini selama 24 jam bila-bila masa dan keadaan mana sekalipun kerana Allah tidak mengantuk dan tidak tidur.

Jadi bagi orang beriman yang faham agama akan membuat kerja bersungguh-sungguh dan paling baik sepanjang masa kerja. Orang beriman menjadi pekerjaan sebagai ibadat kepada Allah SWT.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment