Thursday, October 20, 2016

REDHA APA DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWT.


Sebagai seorang insan kita kena redha apa yang dikurniakan Allah kepada kita. “Hendaklah kamu redha apa yang Allah Ta’ala bagi kepada kamu”. Setelah kita berusaha, setelah kita berikhtiar, kita mendapat rezeki mungkin banyak dan mungkin sedikit maka hendaklah kita redha di atas pemberian Allah kepada kita.

Perlu kita ingat kalau kita redha jiwa kita menjadi kaya. Ada orang mengatakan saya dan kawan saya sama-sama keluar universiti tetapi dia jauh meninggalkan saya. Ingat itu adalah rezeki Allah dan Allah Ta’ala yang menentukan rezeki kepada seseorang.

Apabila kita bekerja kita kena bersyukur dan kita kena redha kepada Allah SWT. Kekayaan tidak mesti memberi kebahgiaan kepada kita. Kuasa yang ada pada kita tidak juga memberi kebahgiaan kepada kita. Tetapi yang memberi kebahgiaan kepada kita ialah syukur kita kepada Allah SWT, taubat kita Allah, istighfar kita kepada Allah SWT.

Itulah yang diceritakan oleh Allah dalam surah Hud ayat 52, “Dan wahai kaum-Ku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepada-Nya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruan-Ku dengan terus melakukan dosa!”

Allah Ta’ala mengingatkan kita supaya kita sentiasa redha kepada Allah, sentiasa beristighfar dan bertaubat kepada Allah SWT sebagai tanda rezeki Allah kepada kita dan Allah akan menambahkan kekuatan kepada kita. Janganlah kita berpaling sebagai orang-orang yang berbuat dosa kepada Allah SWT.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment