Thursday, October 20, 2016

MEMBUAT AMAL SOLIH MESTI DISEGERAKAN.


Ada sesetengah orang mengatakan bila pencen baharu hendak bertaubat dan membuat ibadat bersungguh kepada Allah SWT. Sekarang ini hendak releks dahulu.

Kematian adalah sesuatu yang dirahsiakan, malaikat maut pun tidak mengetahui, hanya Allah sahaja yang mengetahui ajal seseorang. Kita mendengar berbagai cara orang mati. Ada orang mati kerana kemalangan, ada yang mati kerana kebakaran, ada yang mati kerana lemas dan sebagainya. Atau kita mungkin dihinggapi oleh penyakit kronik yang menghalang kita daripada beribadat kepada Allah SWT.

Taubat kepada Allah mesti disegerakan, tidak boleh ditangguh-tangguhkan. Nabi SAW bersabda, “Dan hendaklah kita bersegera membuat amal solih sebelum kita disibutkan dengan perkara-perkara lain”

Kita hendaklah sentiasa menghubungkan diri kita dengan Allah SWT. Kita hendaklah membina diri kita dengan Allah dengan perbanyakkan zikir kepada Allah. Lidah kita sentiasa sebut nama Allah, Telinga kita berzikir dengan mendengar yang baik-baik dan mata melihat benda-benda yang baik.

Kita hendaklah banyak bersedekah secara terang-terangan ataupun secara sulit. Kita boleh memberi sedekah secara terang-terangan dengan niat untuk menarik orang turut bersedekah. Dilarang bersedekah dengan menunjuk-nunjuk atau riak.

Nabi SAW menyebut kalau kita bertaubat kepada Allah, membuat amal solih, berzikir kepada Allah, sedekah kerana Allah SWT, nescaya kata nabi kita diberi rezeki dan diberi bantuan oleh Allah SWT.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment