Thursday, October 20, 2016

TIGA JENIS MANUSIA ALLAH SENDIRI PENDAKWA


Hadis riwayat Bukhari, dan daripada Abi Hurairah RA dari nabi SAW, sabdanya, “Allah Ta’ala telah berfirman tiga jenis manusia Aku akan bertindak membantah mereka pada hari kiamat kelak. Pertama seorang yang memberi sesuatu menggunakan nama Aku, kemudian dia khianat. Kedua, seorang yang menjual orang yang merdehka lalu dia mamakan harganya. Ketiga orang meminta daripada seseorang melakukan sesuatu kerja lalu menunaikan dan dia tidak memberi upahnya”, hadis kursi.

Tiga jenis manusia yang membuat dosa sangat besar. Allah SWT sendiri mengatakan, “Aku yang akan menjadi pendakwa yang mendakwa mereka pada hari kiamat kelak”.

1. Orang yang melakukan sesuatu yang memberi kepada seseorang.
Ini termasuklah jual beli atau perjanjian seperti perjanjian membahagi untung dan sebagainya.

“Saya ini ikhlas, telus dan adil kerana Allah”, kata dia. Bercakap manis dan mengguna nama Allah. Di depan molek tetapi di belakang belot. Sebenarnya dia tidak adil dan kianat perjanjiannya. Pakai nama Allah. Tuhan kata dia mengguna nama Aku. Jual beli mengguna nama Aku, membuat perjanjian mengguna nama Aku. Tiba-tiba dia mengkhianat.
Termasuklah akad nikah antara lelaki dan perempuan. Tiba-tiba tidak menunaikan kewajipan nafkah dan tanggungjawab rumah tangga.

Sebarang akad, akad jual beli, akad perjanjian, akad syarikat dan akad nikah kalau belot dan tidak amanah, jaga tuhan sendiri yang menjadi pendakwa di hari akhirat kelak. Harta dan wang diperoleh dengan cara tidak betul, atas dunia tidak berkat, di akhirat menjadi umpan api neraka.

2. Orang yang menjual orang yang merdehka atau hari ini jual pekerja. Hantar pekerja kepada majikan, ambil harganya dan ambil keuntungannya. Kerjanya menjual pekerja dan memakan harganya.

3. Seorang majikan yang menugaskan pekerjanya tetapi tidak memberi upah atau memberi upah tidak berpadanan. Kerjanya berat tetapi upah tidak padan dengan kerjanya.
Ini adalah kerja-kerja yang dilarang oleh Allah SWT dan berdosa besar.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment