Wednesday, October 19, 2016

PEMBELI DAPAT MENGELAK DARIPADA PENIAGA CURANG



Pengguna dapat mengelak daripada tertipu oleh peniaga curang.
Bagaimana?

1. Kalau hendak pergi ke pasar mula dari rumah lagi baca

“Hasbiallah wanikmal wakil”, Cukuplah Allah yang menolong aku dan kepada Allah sahaja aku berserah diri. Baca banyak-banyak kalimah itu.

2. Bacalah surah Ghafir ayat 44 maksudnya,

فَسَتَذْكُرُوْنَ  مَاۤ اَقُوْلُ لَـكُمْ  ؕ  وَاُفَوِّضُ اَمْرِيْۤ اِلَى اللّٰهِ  ؕ  اِنَّ اللّٰهَ بَصِيْرٌۢ  بِالْعِبَادِ

" (Kiranya kamu tetap berdegil sekarang) maka kamu sudah tentu akan mengetahui kebenaran apa yang aku katakan kepada kamu; dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya".  (QS. Ghafir: Ayat 44)

3.  Baca doa sebelum masuk pasar, “Dengan nama Allah, Ya Allah ya tuhanku aku memohon kepada-Mu kebaikan pasar ini dan apa-apa kebaikan yang terdapat dalam pasar ini dan aku berlindung dengan-Mu daripada keburukan pasar ini dan apa-apa keburukan yang terdapat dalam pasar ini”

 Kepada peniaga jadilah peniaga yang jujur bukannya peniaga yang curang kepada pembeli.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment