Wednesday, October 19, 2016

PENIAGA CURANG MENEBUS DOSA



Bagaimana peniaga curang hendak menebus dosa mereka semula.

Hendaklah bertaubat nasuha dengan lima syarat:

a. menyesal atas segala perbuatannya

b. meninggalkan aktiviti tersebut. Jangan buat lagi. Hanya menjual ayam disembelih dengan cara sah

c. berazam tidak akan mengulangi lagi dosa itu pada masa akan datang walaupun ada kesempatan

d. Pulangkan balik hak orang lain yang diambilnya. Jika dia menjual ayam yang tidak sembelih contoh kepada Ahmad RM10.00, maka bayar balik kepada Ahmad RM10.00 dan minta maaf daripadanya. Hendaklah berbuat demikian sekadar yang kita ingat.

e. Banyakkan sedekah. Kadang-kadang penipuan itu kecil-kecil sahaja. Saya untung RM1.00 sahaja pada hal untung RM5.00. Itupun namanya tipu.

Kata nabi SAW, “Sesungguhnya perniagaan ini bercampur-aduk dengan benda-benda yang lagha, perkara yang tidak baik, bercakap bohong dan seumpamanya. Oleh itu hendaklah campur perniagaan kamu dengan sedekah”.

Ini bermaksud kita berniaga dan dalam masa yang sama kita bersedekah. Jadilah orang pemurah hati.

Dengan hal yang demikian Insya Allah taubat diterima oleh Allah SWT.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment