Wednesday, October 19, 2016

PENIAGA TIDAK MEMPEDULI KESELAMATAN PENGGUNA


Kadang-kadang kita menjual senjata api sewenang-wenangnya kepada kanak-kanak. Penjualan senjata api kepada kanak-kanak tidak dibenarkan dalam Islam kerana keselamatan. Orang ramai berada dalam merbahaya kerana kemungkinan besar senjata api digunakan dengan sewenang-wenangnya oleh kanak-kanak itu.

Banyak kes yang kita dengar ramai budak yang menembak orang secara tidak tentu hala. Oleh itu penjualan itu tidak diberkati dalam Islam ataupun haram kerana tidak menepati kepada pengguna yang betul.

Dalam Islam ada satu kaedah nabi menyebut,”Tidak boleh sama sekali memudaratkan orang lain”

Tidak boleh sama sekali menjual senjata api, bom atau barang-barang merbahaya dengan sewenang-wenangnya kerana merbahayakan pengguna dan merbahayakan alam sekitar.

Orang Islam itu ialah sebenarnya yang mana orang Islam lain selamat daripada angkara tangannya dan juga angkara lidahnya.  Oleh itu antara barangan yang kita jual hendaklah memberikan faedah atau manfaat kepada pengguna, alam sekitar dan sebagainya.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment