Wednesday, October 19, 2016

PENIAGA TIDAK PEDULI KEBAJIKAN DALAM PERNIAGAAN



Antara peniaga curang ialah peniaga yang tidak pedulikan kebajikan dalam perniagaan. Dalam Islam perniagaan bukan sekadar mencari keuntungan sahaja tetapi perniagaan untuk memenuhi tanggungjawab agama dan tanggungjawab sosial.

Apa dia tanggungjawab agama:

1. Memelihara agama
2. Memelihara nyawa
3. Memelihara akal
4. Memelihara keturunan
5. Memelihara harta benda.

Allah SWT mengharamkan perniagaan arak sebab arak boleh memberi kesan negatif kepada pemikiran. Arak memabukkan dan menghilangkan akal. Orang yang hilang akal boleh melakukan apa sahaja.

Allah mengharamkan penjualan dadah kerana dadah juga memabukkan.
Nabi menyebut dalam hadisnya, “Sesiapa yang tidak mengambil berat tentang hal ehwal orang Islam maka dia bukan kalangan orang Islam”

Tidak salah kalau harga barang itu RM10.00 kita jual dengan harga RM9.00 kepada mereka yang benar-benar tidak mampu. Dengan ini kita telah membantu orang yang susah kerana nabi sebut, “Sebaik-baik manusia ialah orang yang banyak memberi manfaat kepada orang lain”

Kalau kita peniaga yang jujur bantulah orang lain, tolonglah orang-orang miskin. Kepada mereka yang tidak mampu juallah pada harga yang dia mampu beli. Insya Allah perniagaan kita berkat dan Allah akan bayar balik kekurangn itu di masa akan datang dengan lebih banyak lagi.

Nabi mencela peniaga yang curang antaranya nabi sebut ketika nabi melawat pasar dan memasukkan tangannya ke dalam makanan mengikut hadis buah kurma dan berkata,”Apa ini wahai peniaga, yang atas kering tetapi di bawah basah?”

“Hujan semalam wahai Rasulullah”, jawab peniaga buah kurma itu.

Nabi berkata, “Kenapa kamu tidak meletak yang basah dan tidak elok itu di atas, sesiapa yang menipu kami, dia bukan daripada kalangan orang Islam”.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment