Wednesday, October 19, 2016

BALASAN KEPADA PENIAGA CURANG



1. Menipu sukatan dan timbangan:
Allah sediakan kecelakaan. Allah SWT melaknat

2. Peniaga barangan haram.
Nabi menyebut, “Allah itu baik, Allah tidak menerima melainkan yang baik-baik sahaja”
Jual barang yang baik-baik sahaja, jangan jual barang yang tidak baik. Dan barang yang haram itu tidak baik.

Nabi menyebut orang berdoa kepada Allah SWT, “Seorang yang berdoa sedangkan makanan dan minumannya bersumberkan yang haram, pakaian yang dipakai dari sumber yang haram, dia berdoa ya Rab, ya Rab (wahai tuhan, wahai tuhan) Allah tidak makbulkan doanya sebab apa yang ada padanya dari sumber yang haram”

Kalau kita memakai baju buat sembahyang dari sumber yang haram maka sembahyang kita tidak diterima oleh Allah SWT.

Nabi menyebut dalam sebuah hadis, “Siapa yang mendapat harta bukan dengan cara yang halal, seandainya dia bersedekah dengan wang itu kepada masjid, kepada anak fakir miskin dan sebagainya sedekahnya tidak diterima”

Nabi menyambung lagi, “Seandainya dia bernafkah untuk anak isteri, untuk ibu-bapanya Allah tidak berkati nafkahnya itu. Sesiapa yang mati dan meninggalkan harta yang bersumberkan daripada wang pendapatan yang haram maka peninggalannya itu menjadi bekalan untuk api neraka di akhirat nanti”

Nauzubillah minzalik

Oleh itu semak adakah kita terlibat dengan sumber yang haram.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment