Wednesday, October 19, 2016

MENJUAL BARANG DENGAN MENIPU



Penjual berkata kepada pembeli barangnya bagus, barang baru sedang sebenarnya sudahpun diguna. Buah ini elok tetapi sebenarnya sudah buruk. Pembeli yang terperdaya membeli barang tersebut dan membawa balik ke rumah untuk memberi makan kepada anak isteri. Tetapi malangnya barang itu rosak atau buruk. Allah melaknat peniaga seperti ini.
Sebelum menjual barang periksa dahulu barang dengan teliti di mana cacatnya, di mana rosaknya. Jika tidak cacat atau rosak maka juallah barang itu. Kalau ada kecacatan beritahu kepada pembeli. Setelah diberitahu dan pembeli bersetuju membelinya tidaklah menjadi kesalahan menjualnya sebab tidak ada penipuan.

Kalau menipu maka peniaga itu adalah peniaga yang curang.

Nabi menyebut, “Siapa menipu kami maka dia bukan daripada kalangan kami iaitu bukan daripad kalangan orang Islam”

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment