“Dan daripada Aisyah RA, katanya
aku berkata kepada nabi SAW pada suatu hari, cukuplah engkau dengan Sofiah
dengan sifat dia begini-begini, (mengikut sesetengah perawi hadis, iaitu seoran
g yang pendek), lalu sabda nabi SAW, sesunggunya engkau telah berkata dengan
suatu kalimah kalau dicampur dengan air laut nescaya berubah air laut itu, dan
kata Aisyah, saya mencerita kepadanya tentang seorang, sabdanya, aku tidak suka
kamu menceritakan mengenai orang dan bagi aku begini-begini”, hadis riwayat Abi
Daud dan Termazi dan katanya hadis Hassan lagi sohih.
Firman Allah ta’ala dia tidak
bercakap berdasarkan hawa nafsu. Apa yang dia cakap adalah wahi yang diwahikan kepadanya.
Keterangan hadis itu:
Hadis ini menceritakan tentang
Aisyah RA, dia sendiri meriwayatkan kesalahan dia, dosanya. Kesalahannya ialah
menghina Sofiah, ummir mukminin RH yang juga isteri nabi SAW.
Sofiah ialah daripada bangsa
Yahudi, Sofiah binti Huya bin Aktob. Bapanya seorang pemimpin Yahudi yang
dibunuh dalam suatu peperangan. Sofiah ditawan dan diserah kepada nabi SAW.
Nabi memerdehkakannya dan berkahwin dengannya. Kebetulan Sofiah seorang
perempuan yang pendek.
Oleh kerana rupanya cantik
menyebabkan Aisyah rasa cemburu terhadapnya.
Lalu Aisyah berkata kepada nabi
SAW cukuplah Sofiah ini (dan dia isyarat dengan tangannya bermakna pendek,
seorang yang pendek, rendah), padanlah dengan Rasulullah.
Lalu Rasulullah berkata kalau
dicampur ucapan itu dengan air laut, nescaya berubah air laut, menandakan
ucapan itu adalah ucapan mengumpat. Tidak boleh mengumpat walaupun cerita
sahaja. Mengumpat itu ceritalah.
Aisyah berkata aku cerita bukan
dengan orang, dia pendek apa salahnya. Rasulullah kata aku tidak suka
menyebutnya kerana dengan tujuan menghinanya kerana dia pendek.
Ada hikmat belaka tuhan jadi ada
orang tinggi dan ada orang rendah. Kita tidak boleh hina.
Dalam suatu riwayat yang lain
Aisyah berkata kepada Sofiah, perempuan Yahudi, anak Yahudi. Sofiah berasa hati
dan memberitahu kepada nabi SAW.
Rasulullah SAW berkata, “Mengapa kamu
rungsing, ayahmu nabi kerana Sofiah berketurunan nabi Harun AS, bapa saudaramu
nabi iaitu nabi Musa AS dan suamimu nabi Muhamad SAW”
Ini menunjukkan bahawa tidak
boleh mengumpat walau dengan apa cara sekalipun kecuali dalam perkara yang
dituntut oleh syarak.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment