Friday, October 21, 2016

MENGGODA DAN MENIPU


Dan daripada Abi Hurairah RA, katanya Rasulullah SAW: “sesiapa yang mengkhianati isteri seseorang ataupun hamba kepunyaannya maka dia bukan daripada kalangan kita (daripada umat kita)”, hadis riwayat Abu Daud.

Sesiapa yang menggoda isteri orang sehingga bercerai, termasuklah menggunakan ilmu sehir, yang disebut dalam Quran, memisahkan antara suami dengan isteri, nabi tidak mengaku umat.

Termasuk juga menggoda hamba menyebabkan hamba itu melarikan diri daripada tuannya atau pun pekerja, melarikan diri daripada majikannya kerana kita menipunya maka berdosa besar dan nabi kata bukan daripada kalangan kita.

Hadis ini menunjukkan kita diharamkan menipu kecuali dalam peperangan dan ketika hendak mendamaikan dua puak yang bertelagah.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment