Hadis riwayat Muslim daripada Abi
Hurairah RH,
Sabda Rasulullah SAW, “tiga jenis
manusia Allah tidak bercakap dengan mereka pada hari kiamat dan Allah tidak
membersihkan mereka dan Allah tidak memandang kepada mereka dengan pandangan
rahmat, bagi mereka azab yang sangat
pedih”
1. Orang tua yang berzina
Tua dah berzina lagi, tidak
bertaubat. Allah SWT membuka pintu taubat semenjak daripada muda tetapi tidak
bertaubat. Dekat hendak mati pun berzina lagi, tidak sedar diri. Mereka ini
Allah sangat murka
2. Raja yang pembohong.
Mereka yang berkuasa seperti
raja, perdana menteri, presiden, menteri besar dll membohong terhadap rakyat,
menipu rakyat. Mereka ini Allah tidak tegur dan tidak memberi rahmat pada hari
kiamat.
3. Orang fakir yang sombong
Orang fakir tiada harta tetapi
sombong dan takabur.Takabur bermakna sifat yang ada dalam diri ditunjukkan
melalui perangainya. Mereka berasa lebih daripada orang lain seperti cerdik
lebih daripada orang lain dan lain-lain pada hal mereka tidak bijak dan tidak
ada kekuatan. Iblis takabur kerana menganggap dirinya lebih daripada nabi Adam.
Mereka ini termasuk orang yang dimurkai Allah SWT.
No comments:
Post a Comment