Dalam ilmu fikah ada satu lagi
ilmu dinamakan usul figh berkait dengan kaedah-kaedah mengenai hukum syarak.
Mengambil air sembahyang hukumnya
sunat. Sunat ada air sembahyang untuk melakukan amalan sunat seperti berzikir.
Tetapi mengambil air sembahyang menjadi wajib untuk mendirikan sembahyang
fardu.
Berdasarkan kepada firman Allah
Ta’ala bermaksud, “Dan apabila kamu
hendak mendirikan sembahyang maka basuhlah kamu akan muka kamu dan kedua tangan
kamu sehingga ke siku kamu dan sapulah kepala kamu dan basuhlah kaki-kaki
kamu”.
Para ulama mengadakan kaedah usul
fikah, “Apa yang tidak sempurna yang wajib melainkan dengannya maka dia menjadi
wajib”.
1. Mengambil air sembahyang hukum
asalnya sunat, tetapi hukumnya menjadi wajib untuk mendirikan sembahyang fardu kerana
syarat sah sembahyang fardu mesti ada air sembahyang.
2. Mandi wajib atau mengangkat
hadas besar menjadi wajib untuk mendirikan sembahyang dan untuk menjalankan
kerja-kerja berkaitan dengannya.
3. Menutup aurat adalah wajib.
Membeli pakain tidak wajib. Tetapi membeli pakain untuk menutup aurat menjadi
wajib.
4. Memberi nafkah kepada anak
isteri adalah wajib. Jadi bekerja untuk memberi nafkah kepada anak isteri
menjadi wajib.
5. Belajar bab haji menjadi wajib
kepada mereka yang hendak membuat haji.
6. Belajar bab muamalat mengenai
perniagaan menjadi wajib bagi orang yang hendak menjalankan perniagaan.
7. Hukum hudud wajib
dilaksanakan. Untuk melaksanakan hukum hudud mesti ada kerajaan Islam. Oleh itu
menjadikan kerajaan Islam sebagai pemerintah adalah wajib.
8. Untuk mendirikan kerajaan
Islam mesti ada jemaah Islam atau parti yang memperjuangkannya. Oleh itu
menubuhkan parti menjadi wajib.
9. Parti memerlukan sokongan.
Parti tidak akan berjaya tanpa sokongan. Jadi menyokong parti yang
memperjuangkan penubuhan kerajaan Islam menjadi wajib.
Wajib hukumnya buat dapat
pahala dan meninggalkannya berdosa.
Haram hukumnya buat berdosa dan
meninggalkannya mendapat pahala.
Sunat hukumnya buat dapat pahala dan
meninggalkannya tidak berdosa.
Makruh hukumnya buat tidak berdosa dan
meninggalkannya mendapat pahala.
Harus, buat dan tidak buat hukumnya sama
sahaja iaitu tidak mendapat pahala dan tidak berdosa.
-
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment