Hadis riwayat Muslim dari Abi
Hurairah RA, “Selebih-lebih puasa selepas Ramadan ialah puasa di bulan Muharram dan selebih-lebih
sembahyang selepas sembahyang fardu ialah sembahyang malam iaitu sembahyang tahjud”
Hadis ini menunjukkan kelebihan
puasa di bulan Muharram terutama pada 9 dan 10 Muharram atau pun hari-hari lain
di bulan Muharram kerana bulan ini di haram berperang. Bulan-bulan diharam
berperang ialah bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram serta bulan Rejab.
Hadis dari Ibni Abas RA, “Bahawa
rasulullah SAW berpuasa pada hari a’syura”, Hari a’syura ialah hari ke-10 dari
bulan Muharrama kerana hari ini merupakan hari bersejarah dalam Islam. Pada
hari ini nabi Nuh diselamatkan daripada taufan yang besar, pada hari ini juga
nabi Musa diselamatkan daripada kezaliman Firaun dan pada hari ini juga cucu
nabi syahid di Kharbala.
Hadis riwayat Muslim, “Bahawa Rasulullah
SAW ditanya mengenai puasa hari ke-10 bulan Muharram, maka sabdanya dia menghapuskan
dosa setahun yang lalu”.
Hadis riwayat Muslim, “Rasulullah
bersabda sekiranya aku dipanjangkan umur aku akan berpuasa hari ke-9 dari bulan
Muharram”.
Walau pun nabi tidak sempat
berpuasa sunat, berpuasa pada hari itu adalah sunat kerana arahan nabi. Orang
Yahudi berpuasa pada hari ke-10 sahaja, tambahan puasa satu hari lagi supaya dapat
membezakan dengan orang Yahudi.
-
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment