Saturday, October 15, 2016

AMALAN PALING AFDAL



Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Amalan yang paling afdal di sisi Allah ialah:

1. Tunaikan sembahyang fardu di dalam waktu yang diwajibkan.
Sembahyang di luar waktu adalah haram, setengah ulama mengatakan kafir dan ada mengatakan dosa besar. Meninggalkan sembahyang dengan sengaja adalah tetap dosa besar. Mesti qadar dan wajib bertaubat dengan taubat nasuha.

Sembahyang bukan sahaja wajib dipelihara tetapi mestilah dilakukan dengan paling cemerlang. Masa mengambil wuduk sempurnakan perkara-perkara sunat dan jangan lupa membaca doa wuduk.

Tamakninah adalah salah satu rukun sembahyang. Tamakninah bermakna berhenti atau diam sekejap. 

Lama mana diam?. 

Sekadar bacaan SUBHANALLAH. Ramai orang sembahyang ekspres lupa tamakninah terutama sekali masa rukuk dan sujud menyebabkan sembahyang tidak sempurna dan tidak sah.

2. Berbuat baik kepada kedua ibu-bapa. 

Berbuat baik kepada kedua ibu-bapa adalah amalan paling afdal selepas sembahyang walaupun ibu-bapa itu kafir. Hendaklah bergaul dengan sebaik-baiknya. Misalnya apabila sakit layan mereka. Boleh mentaati mereka selagi tidak bercanggah dengan agama dan hendaklah berusaha supaya mereka masuk Islam.

3. Berjihad fi sabilillah. 

Disebut dalam hadis seorang yang hendak pergi berjihad nabi suruh balik jaga ibu-bapanya. Apabila musuh masuk dalam negeri dan Islam dalam bahaya jihad menjadi fardu ain, tidak perlu lagi mendapat keiizinan ibu-bapa, suami, tuan dan penghutang kerana jihad menjadi wajib bagi setiap orang.

-  KULIAH YT

No comments:

Post a Comment