Saturday, October 15, 2016

ISLAM TIDAK BOLEH DIHAPUSKAN



Allah berfirman dengan maksud, “Allah tetap pelihara Islam”.  Selagi dunia belum sampai ajal Allah tetap memelihara Islam. Walaupun umat Islam dibelasah teruk umat Islam tidak boleh dihapuskan. 

Di negara komunis, ulama-ulama dibunuh, orang-orang muda pergi ke masjid ditangkap, orang-orang tua sahaja dibenarkan sembahyang. Bila orang tua mati tiada lagi orang Islam. Masjid ditukar menjadi panggung wayang dan dijadikan tempat pemeliharaan babi. Begitulah caranya dibuat untuk menghapuskan Islam. Tetapi dalam tahun lapan puluhan Soviet Union tumbang, negeri-negeri taklukan berpecah dan Islam bangkit semula.

Di Sepanyol apabila jatuh kerajaan Islam, orang-orang Islam dicari di tiap-tiap buah kampung untuk dibunuh. Orang-orang Islam tua, muda, lelaki dan perempuan serta kanak-kanak semuanya dibunuh. Kubur-kubur orang Islam dibongkar dan batu nisan dibuang untuk menghilangkan tanda-tand Islam di Sepanyol. Mereka kekalkan masjid Qurduba dan Istana Alhamra kerana bangunan dan seni bena cantik untuk menjadi tarikan pelancung. 

Tiba-tiba Islam bangkit semula di Sepanyol. Orang Islam yang tidak berhijrah menghidupkan dan memelihara Islam kepada anak cucunya secara senyap-senyap di rumah masing-masing di kampung-kampung dan juga di pendalaman.. 

Umat Islam di Palastin dikepung segenap penjuru semenjak tahun 1948, tetapi umat Islam tidak berjaya dihapuskan hingga sekarang. 9/11 dirancang daripada makmal dan Islam dilebel pengganas untuk menghalalkan serangan ke atas Afganistan dan Iraq bertujuan membunuh dan mengurangkan umat Islam. Pembunuhan Osama bin Laden diragukan, mungkin beliau dijil. 

Semua perancangan mereka memakan diri sendiri.  Di England, gereja-geraja dijual kerana tidak mendapat sambutan. Berduyun-duyun orang masuk Islam di England, Amerika, Eropah, Afrika dan Australia. Nama-nama besar seperti Lauren Booth, adik ipar Tony Blare, Yvonne Ridley, bekas tahanan Afganistan, Yusuf Estes, bekas padri dan anak perempuan Geoge Bush, bekas presiden Amerika masuk Islam. Mereka bukan sekadar masuk Islam tetapi menjadi pendakwah yang hebat.

Islam dari Allah, Islam dijamin oleh Allah dan tidak boleh dipadamkan kecuali dunia menghampiri ajalnya.

-  KULIAH TAFSIR YT

No comments:

Post a Comment