Saturday, October 15, 2016

ALLAH JAMIN AL-QURAN DIPELIHARA


Firmanallah taala bermaksud, “Sesungguhnya kami yang menurunkan al-Quran sebagai peringatan dan kamilah yang memeliharanya”.  Kitab Taurah dan Injil boleh diedit dan diubah tetapi al-Quran tetap dipelihara oleh Allah SWT.

Al-Quran bukan sahaja disimpan dalam bentuk buku, dalam CD dan dalam komputer serta telefon tangan di seluruh pelusuk dunia tetapi disimpan dalam dada-dada orang beriman. Sekiranya Quran dipinda walaupun satu tanda baris akan tetap diketahuinya.

Jika Quran dalam pelbagai bentuk simpanan di seluruh dunia dimusnahkan atau dibakar hangus, Quran tetap boleh ditulis semula dengan mengeluarkan balik daripada dada-dada orang yang menghafalnya.

Demikian al-Quran dipelihara oleh Allah SWT, kecuali dunia hampir kiamat. Apabila dunia menghampiri ajal orang-orang alim dan para penghafal al-Quran dimatikan atau dibunuh menyebabkan tiada lagi orang membaca al-Quran. 

Akibatnya al-Quran diangkat oleh Allah SWT, yang tinggal hanya kertas putih kerana tulisannya dihilangkan.

Selagi ada orang membaca al-Quran dan dunia belum menghampiri ajalnya, al-Quran tetap dipelihara oleh Allah SWT.

-  KULIAH TAFSIR YT

No comments:

Post a Comment