Bayi adalah bersih daripada dosa.
Kadang-kadang dia boleh melihat jin yang datang mengganggunya. Jin yang
mengganggu bayi dikatakan hummu subian. Hummu
subian ini mengikut riwayatnya kalau dia duduk pada pokok, pokok akan mati dan
duduk pada manusia akan jadi sawan tangis.
Bayi yang dapat melihat jin ini
ada sejarahnya.
1. Jika ibu yang mengandung ada
terkena saka, santau dan sebagainya maka bayi yang dilahirkan akan menjadi
bermasalah.
2. Bayi yang lahir tidak cukup
bulan. Anti bodi bayi ini dengan iblis lemah.
3. Jika bayi dalam masa empat
puluh hari dilahkirkan selalu menangis. Apabila besar berlakulah penyakit
misteri ke atasnya.
Mencegah lebih baik daripada
mengubatnya. Kalau bayi menangis, sawan tangis dan teruk masa demam mesti dirawat.
Kalau tidak dirawat maka bayi akan menjadi cacat seumur hidup.
Dengan membaca satu ayat al-Quran
surah An-Nahl ayat 78, “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak
mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan
penglihatan serta hati akal fikiran; supaya kamu bersyukur”.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment