Friday, October 21, 2016

SYAITAN DIBAKAR SEDANGKAN DIA DIJADIKAN DARIPADA API



 “Ketika Allah SWT menjadikan Adam, Allah Ta’ala mengarahkan iblis supaya sujud kepada Adam. Iblis ingkar dan mengatakan bahawa dia dijadikan daripada api sedangkan Adam dijadikan daripada tanah. Dia merasa dia lebih kuat daripada Adam”, maksud ayat Quran.

Dia lupa tanah boleh memadamkan api. Manusia lebih hebat daripada jin. Kita berasal daripada tanah. Sekarang bukan tanah lagi. Kalau kita dibaling dengan tanah, kita akan merasa sakit.

Bagitu juga jin. Asalnya api. Sekarang jin bukan api lagi. Apabila dibakar dengan ayat Quran dia akan terbakar dan mereka akan lari. Senjata pembakar yang paling utama sekali ialah laungan azan. Laungan azan sangat hebat.

Dalam satu hadis memberitahu kita apabila iblis mendengar laungan azan pecah berkecai muka iblis. Iblis tidak suka duduk dekat masjid, iblis suka duduk di hutan, lautan dan di udara sebab tidak mahu mendengan laungan azan.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment