Friday, October 21, 2016

AL-QURAN SEBAGAI PENYEMBUH PENYAKIT



Al-Quran sebagai mukjizat bukan sahaja menggerunkan manusia malahkan juga menggerunkan jin.

Jin kagum dengan al-Quran sebagaimana pengakuan jin, “Jin kata terkejut dengan kalamullah ini, aku tidak pernah lihat mukjizat seumpama ini”

Disebut lagi dalam Quran, “Ada sekumpulan jin mendengar al-Quranul Karim, mereka suka mendengar al-Quranul Karim, jin Islam suka mendengar al-Quranul Karim sebab al-Quran merupakan mukjizat kepada semua.

Dalam al-Quran ada ayat-ayat penyembuh. Ada orang tahu dan ada orang tidak tahu bahawa al-Quran itu ubat. Orang yang tidak tahu perlu bertanya kepada orang tahu bagaiman menggunakan al-Quran untuk merawat penyakit.

Ada orang merebus al-Quran dalam periok besar di satu perkampungan untuk meminum airnya kerana al-Quran itu sifat. Ada juga sesetengah orang membakar ayat-ayat al-Quran dan memakan abunya untuk menyembuhkan penyakit. Itu semuanya salah.

Ulama berpendapat bahawa al-Quran adalah ubat kepada ruhani dan jasmani. Al-Quran juga boleh mengubat penyakit-penyakit yang tidak ada jin. Al-Quran boleh merawat dan membakar jin yang ada dalama tubuh dengan izin Allah SWT sebagaimana disebut dalam surah al-Rahman ayat 33 – 36, “Jin akan dibakar oleh ayat al-Quran sehingga hangit.”

Manusia terdiri daripada dua unsur iaitu ruhani dan jasmani. Makanan ruhani ialah zikir, puasa, sembahyang dan lain-lain. Makanan jasmani ialah segala makanan dan minuman yang halal.

Demikian juga penyakit. Ada penyakit jasmani seperti demam, penyakit jantung dan sebagainya. Ada penyakit ruhani seperti hasad dengki, penyakit jiwa dan sebagainya.

Kedatangan al-Quran kepada nabi Muhamad SAW itu adalah sebenarnya merupakan mukjizat sehingga al-Quran mencabar, “Katalah wahai Muhamad kiranya dikumpulkan jin dan manusia untuk membawa datang al-Quran ini mereka tidak akan berjaya walaupun kedua-dua mereka itu bekerja sama”

Al-Quran tidak ada tandingannya, al-Quran sememangnya mukjizat daripada Allah SWT untuk kita semua.

KJULIAH YT

No comments:

Post a Comment