Ada kalangan isteri suka berleteh
menyebabkab pedih telinga suami mendengarnya. Walaupun begitu para suami
hendaklah bersabar. Janganlah kerana perkara itu para suami mengeluarkan ucapan
cerai. Penceraian ialah satu perkara sangat dibenci oleh Allah SWT.
Firman Allah Ta’ala, “Maka jika
sekiranya kamu benci kepada mereka disebabkan tingkah lakunya janganlah pula
kamu terburu-buru menceraikannya kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu
sedangkan Allah hendak menjadikan terhadap apa yang kamu benci itu kebajikan
yang banyak untuk kamu”
Kamu benci kepada mereka kerana
perangainya yang tidak baik. Tetapi di sebalik perangai buruk itu ada hikmat
yang dikehendaki oleh Allah SWT yang kamu tidak mengetahuinya.
Antaranya ada ulama mengatakan
mungkin daripada isteri itu lahir zuriat yang solih yang kamu tidak tahu. Perangai isteri kamu itu mungkin celupa,
kejam yang menyebabkan anak takut. Mungkin elok pula anak takut kepadanya.
Isteri kamu melahirkan anak yang
solih yang membawa manfaat kepada kamu bukan sahaja pada masa kamu hidup bahkan
setelah kamu meninggal dunia dan membawa kebajikan kepada seluruh orang. Maka
oleh kerana itu jangan melihat satu segi sahaja, melihat kelakuan buruknya
sahaja, ada perkara-perkara yang kamu tidak mengetahui, hanya Allah SWT sahaja
yang mengetahuinya. Sekiranya kamu bersabar dia akan membawa kebaikan yang
banyak kepada kamu.
Jika kamu mengambil tindakan
dengan tergesa-gesa mencerainya, maka hilanglah kebaikan yang dikehendaki oleh
Allah SWT kepada kamu.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment