Disebut dalam satu riwayat bahawa
seorang di zaman Saidina Omar al-Khattab RA hendak mengadapnya kerana isterinya
suka sangat berleteh. Dia tidak tahan kerana isterinya acap kali sangat
berleteh, lalu pergi mengadu dengan Saidina Omar.
Sapai di rumah Saidina Omar dia
dengar isteri Saidina Omar sedang berleteh. Dia pun pusing balik, tidak jadi
mengadu.
Saidina Omar yang berkebetulan
keluar dari rumahnya terus memanggilnya, “Mari! mari!. Kenapa kamu lari?”
“Ya Amirul Mukminin, saya datang
hendak mengadu fasal isteri saya suka berleteh, tetapi bila saya mendengar
isteri Amirul Mukminin sedang berleteh sama dengan isteri saya juga, saya pun
patah baliklah”, kata orang itu.
Saidina Omar berkata, “Biarlah,
sabarlah!. Orang perempuan biasanya begitulah”
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment