Sekiranya muslimat tidak pandai
menggunakan kuasanya maka dia akan menjadi fitnah seperti yang disebut dalam
satu hadis bahawa fitnah pertama yang berlaku kepada Bani Israil ialah fitnah
tentang wanita.
Sekiranya muslimat tidak pandai
menggunakan kuasanya maka ada juga hadis menyebut mereka akan menjadi penghuni
neraka.
Jadi kuasa muslimat yang ada,
kita gunakan ke arah membawa kepada kebaikan. Alangkah baiknya disebut dalam
satu hadis sungguh bertuah seorang suami yang mempunyai isteri yang boleh
mengajak kepada perkara-perkara atau urusan akhirat dan agamanya.
Sepatutnya kitalah yang mengingat
suami apabila suami hendak keluar daripada rumah, kita pesan, “Bang! Carilah
rezeki yang halal, bawa baliklah untuk kami, untuk anak-anak kita makanan yang
baik. Usahlah teringin benda-benda rasuah, tuntutan perjalanan yang palsu dan
perkara-perkara yang tidak baik”
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment