Thursday, October 20, 2016

MENUTUP AIB ORANG

Ada seorang perempuan datang kepada Syeikh Hatim Al Asham untuk bertanya tentang sebuah persoalan.

Ketika bertanya, tiba-tiba keluarlah bunyi buang angin daripada perempuan itu dan ia merasa sangat malu.

"Keraskan suaramu!" demikian teriak Hatim dengan keras untuk mengesankan seolah beliau tuli.

Si perempuan merasa senang hati dan mengira kalau Hatim tidak mendengar bunyi buang angin-nya.

Kerana kejadian itulah, kemudian Syeikh Hatim mendapat gelaran Al Asham (si tuli).

Sungguh kita mendapat pelajaran yang sangat berharga daripada Syeikh Hatim Al Asham.

Hal yang menarik daripada kisah di atas adalah usaha daripada seorang besar yang menutup rapat keburukan orang lain, tidak menghebahkan sebagaimana terjadi ketika ini, di mana kita melihat fenomena tayangan 'mendedahkan' atau 'menelanjangkan' hal yang juga aib orang, mendedahkan maksiat juga zina yang terjadi dengan begitu terang benderang.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment